Tony Fernandez, CEO syarikat penerbangan tambang murah Airasia baru saja mengikat tali perkahwinan dengan gadis Korea, yang dikenali dengan nama Chloe. Tiada maklumat lengkap boleh diperolehi tentang latar belakang gadis ini yang berasal dari Korea Selatan.
Mereka sudah berkenalan selama dua tahun sebelum berkahwin secara rasmi semalam. Majlis perkahwinan mereka dijalankan secara senyap-senyap di Cote d’Azur, Perancis dan hanya dihadiri keluarga terdekat dan sahabat karib. Juga dilaporkan kawan rapat beliau, Kamaruddin Meranun, Tan Sri Rafidah Aziz (bekas Menteri kabinet yang digelar sebagai “wanita besi” Malaysia) dan Nazir Razak (CEO CIMB, juga merupakan adik perdana menteri sekarang) turut sama menghadiri majlis berkenaan.
Tony Fernandez pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Stephanie. Moga perkahwinan mereka berkekalan sepanjang zaman, juga lebih banyak pilihan warga Malaysia untuk mendapatkan tambang murah bercuti ke Korea Selatan.
Sumber: News Straits Times