Lee Je Hoon, Lee Dong Hwi dan ramai lagi hadir di sesi bacaan skrip drama “Chief Detective 1958”

Drama akan datang MBC, “Chief Detective 1958” telah berkongsi foto pada sesi bacaan skrip buat kali pertama.

“Chief Detective 1958” merupakan prekuel kepada drama ‘Chief Inspector’ yang disiarkan dari 1971-1989. Drama “Chief Inspector” ketika itu dilakonkan oleh Choi Bool Am dan berjaya merekodkan purata tontonan yang luar biasa pada zaman kegemilangannya.

“Chief Detective 1958” yang bertemakan thriller, misteri dan aksi akan berlatarkan tahun 1958, iaitu 10 tahun lebih awal sebelum peristiwa yang berlaku dalam drama asal. Drama ini membawa penonton kembali ke zaman awal kerjaya Park Young Han sebelum dia menjadi ketua detektif. Park Young Han pada ketika itu, seorang detektif muda yang mempunyai rasa keadilan yang kuat. Dia pakar dalam menangkap pencuri kecil. Kemudian, Park Young Han bekerjasama dengan tiga rakan sekerjanya untuk menyelesaikan kes yang tidak dijangka. Fokus utama dari “Chief Detective 1958” adalah pada kisah-kisah detektif muda ini yang berjuang dengan berbagai kes yang dihadapi mereka.

Pengarah Kim Sung Hoon dan penulis skrip, Kim Young Shin turut hadir pada pembacaan skrip, bersama dengan barisan pelakon seperti Lee Je Hoon, Lee Dong Hwi, Choi Woo Sung, Yoon Hyun Soo, Seo Eun Soo, Choi Duk Moon, Jung Soo Bin, dan Choi Bool Am.

Lee Je Hoon dilihat dengan sempurna berubah menjiwai watak Park Young Han versi muda, seorang detektif yang tegas yang baru datang ke Seoul dari luar bandar. Lee Je Hoon dengan mahir menggambarkan ketabahan dan keazaman Park Young Han untuk menegakkan keadilan, sambil mempamerkan sisi kemanusiaannya.

Pelakon veteran Choi Bool Am, yang memainkan watak Park Young Han dalam siri asal, turut hadir pada pembacaan skrip. Penonton begitu teruja menantikan kemunculannya sebagai tetamu khas dalam “Chief Detective 1958” dan bagaimana keserasian yang akan dipamerkan olehnya bersama Lee Je Hoon.

Lee Dong Hwi pula kagum dengan watak detektif Kim Sang Soon, yang dikenali sebagai “anjing gila” Balai Polis Jongnam. Disaat Kim Sang Soon yang berani mula berasa bosan kerana marah terhadap gejala rasuah yang berleluasa dalam masyarakat, dia bertemu dengan Park Young Han, seorang detektif tanpa kompromi yang mengubah kehidupan Sang Soon. Penonton boleh menantikan keserasian yang menyeronokkan dan menggembirakan antara Lee Je Hoon dan Lee Dong Hwi sekaligus menambahkan lapisan pesona tambahan kepada watak-watak tersebut.

 

 

Choi Woo Sung menyampaikan karakternya dengan cemerlang apabila membawakan watak Jo Kyung Hwan, seorang pemuda yang mempunyai kekuatan luar biasa. Dia kemudiannya bekerja di Balai Polis Jongnam dengan impian untuk menjadi seseorang seperti Park Young Han, yang menyumbang jasa keringat kepada negaranya. Yoon Hyun Soo juga turut memberikan persembahan cemerlang sebagai Seo Ho Jung, seorang lelaki yang mempunyai latar belakang elit yang kemudiannya menjadi “ahli strategi” Balai Polis Jongnam.

Seo Eun Soo akan memainkan watak Lee Hye Joo, pemilik kedai buku Jongnam Seorim yang cantik dan berpengetahuan luas. Seo Eun Soo dengan sempurna menghidupkan watak Lee Hye Joo, dan keserasiannya dengan Lee Je Hoon akan membuatkan penonton berdebar-debar dan teruja.

Turut hadir pada pembacaan skrip ialah Choi Duk Moon, yang memainkan watak mentor Park Young Han, iaitu Yoo Dae Chun, seorang pegawai polis veteran yang begitu dedikasi dan amanah dalam melaksanakan tugasannya, serta Jung Soo Bin, yang memainkan watak Bong Nan Sil, seorang gadis sekolah menengah yang merupakan peminat novel misteri.

Mengulas mengenai pembacaan skrip, pasukan produksi “Chief Detective 1958” berkata, “Para pelakon mempunyai sinergi yang sempurna. Dengan adanya Choi Bool Am, yang memainkan watak Park Young Han dalam siri asal, yang turut menyertai kami, ia menjadikan pembacaan skrip lebih bermakna.”

“Chief Detective 1958” akan disiarkan dirangkaian MBC pada April ini.

Sumber : 1

loading...