Chanyeol EXO sah sertai Yoon Kye Sang dan Go Min Si untuk siri thriller misteri terbaru Netflix

Chanyeol EXO akan kembali berlakon dengan membintangi siri original Netflix.

Pada 7 Februari, sebuah media melaporkan bahawa Chanyeol akan membintangi siri Netflix yang akan datang  “The Frog.” Siri original Netflix ini bertajuk “Alone in the Woods” atau dalam versi Inggeris bertajuk “The Frog”.

Sebagai tindak balas kepada laporan itu, SM Entertainment berkongsi, “Ya, memang benar bahawa Chanyeol akan membintangi siri Netflix ‘Alone in the Woods.'” Chanyeol akan menyertai barisan pelakon hebat seperti Yoon Kye Sang, Kim Yun Seok, Go Min Si dan Lee Jung Eun.

“The Frog” merupakan sebuah drama thriller misteri yang mengisahkan dua pemilik penginapan/motel yang tinggal dalam garis masa berbeza: Gu Sang Jun (Yoon Kye Sang), yang mengusahakan sebuah motel pada masa lalu, dan Jeon Yeong Ha (Kim Yun Seok), yang menjalankan motel pada masa kini. Apabila insiden serupa berlaku kepada setiap lelaki, kedua-duanya membuat keputusan yang sama sekali berbeza. Drama ini turut dibintangi oleh Go Min Si dan Lee Jung Eun.

Chanyeol dilaporkan akan melakonkan watak misteri yang penting dalam jalan cerita tersebut. Bagaimanapun, jangkaan terhadap penampilannya amat tinggi memandangkan Chanyeol sudah lama tidak muncul diskrin drama.

Chanyeol membuat debut lakonannya menerusi filem “Salut d’Amour” pada 2015 dan muncul dalam pelbagai filem termasuk “Missing 9,” dan versi Cina “So I Married My Anti-Fan.” Kali terakhir Chanyeol berlakon adalah menerusi drama “Memories of the Alhambra” yang ditayangkan pada 2018 dan filem “The Box” yang ditayangkan pada 2021.

Sumber : 1 | 2

loading...