Nampaknya peminat K-Pop di Malaysia tak boleh rehat ketika ini apabila kita dikejutkan dengan berita kehadiran beberapa nama besar yang akan mengunjungi negara ini.
Belum reda dengan berita IU akan membuat persembahan selama dua hari di Kuala Lumpur, FNC Entertainment pula telah mengumumkan kehadiran CNBLUE ke Malaysia sempena 2024 CNBLUE LIVE ‘CNBLUENTITY’ IN KUALA LUMPUR. Nampaknya kumpulan yang dianggotai oleh Yong Junghwa, Lee Jungshin dan Kang Minhyuk akan kembali semula ke sini selepas 10 tahun.
2024 CNBLUE LIVE ‘CNBLUENTITY’ IN ASIA 안내
>> https://t.co/4dUUZpOw5j#CNBLUE #씨엔블루 #CNBLUENTITY pic.twitter.com/KVshAQCFwJ— FNC Ent. (@FNC_ENT) January 17, 2024
Kumpulan ‘lagenda’ atau generasi ke-2 K-Pop ini akan memulakan siri jejalah Asia mereka pada bulan Mac ini dan akan mengunjungi peminat-peminat mereka di Hong Kong, Bangkok, Kaohsiung, Macau, Kuala Lumpur dan Singapura. CNBLUE akan mengunjungi Kuala Lumpur pada 20 April 2024 dikala masyarakat di Malaysia masih lagi dalam suasana Hari Raya. Sesuatu yang menarik dan luar biasa mungkin boleh kita jangkakan walaupun harapan itu agak tipis.
Kehadiran CNBLUE ke Malaysia ini sangat dinanti-nantikan oleh BOICE Malaysia. Jadi tidak hairan masing-masing seakan tidak sabar untuk menyambut kehadiran tiga jejaka kacak ini sekaligus menyaksikan persembahan mereka yang hebat dan penuh bertenaga secara langsung biarpun tiada lagi maklumat lanjut mengenai lokasi persembahan dan tarikh penjualan tiket.
View this post on Instagram
Selepas FNC Entertainment berkongsi mengenai siri jelajah ‘CNBLUENTITY’, Lo-Fi Entertainment (penganjur acara hiburan tempatan) turut berkongsi perkara yang sama. Apa-apapun, sama-sama kita nantikan maklumat terkini mengenai CNBLUE di Kuala Lumpur. Buat BOICE Malaysia, korang dah boleh mula menabung dan mark your calendar. Sepertinya, penulis sendiri pun teruja untuk menantikan konsert CNBLUENTITY ini. 10 tahun menunggu bukan satu masa yang sekejap, jadi peluang yang ada ini kita ambil untuk menggamit kembali memori bersama CNBLUE.