tvN kongsi senarai drama Korea terbaru yang akan ditayangkan pada 2024

Peminat drama Korea, siap sedia untuk barisan drama menarik dari tvN untuk tahun 2024!

Pada 10 Januari, tvN telah melancarkan senarai drama terbaru mereka yang akan ditayangkan pada 2024, sekaligus menyajikan peminat dengan pelbagai variasi drama yang dibintangi oleh ramai bintang popular untuk mereka nantikan.

Jom semak senarai drama terbaru yang akan datang dirangkaian tvN

1. Captivating the King

Ditulis oleh penulis “The Crowned Clown” Kim Sun Deok, “Captivating the King” akan menceritakan kisah cinta kejam Raja Yi In (Jo Jung Suk), seorang raja yang sengsara dan kehidupannya terasa kosong walaupun mempunyai kedudukannya tinggi, dan Kang Hee Soo ( Shin Se Kyung), yang pada awalnya merancang balas dendam terhadapnya berubah menjadi tarikan yang tidak dijangka. “Captivating the King” akan menayangkan tayangan perdana dua episod pertama berturut-turut pada 21 Januari dan disiarkan setiap Ahad jam 9:20 malam KST. Drama ini juga turut tersedia diplatform Netflix.

2. Queen of Tears


Ditulis oleh penulis skrip “Crash Landing on You,” “My Love From the Star,” dan “Producer”, “Queen of Tears” (terjemahan literal) akan mengikuti percintaan Hong Hae In (Kim Ji Won), pewaris chaebol yang dikenali sebagai “ratu” gedung membeli-belah Queens Group, dan Baek Hyun Woo (Kim Soo Hyun), yang merupakan anak kepada ketua Yongduri dan “putera pasar raya.” Ketika mereka berdepan dengan krisis perkahwinan selama tiga tahun, mereka kemudia memulakan semula kisah cinta mereka seperti satu keajaiban. Drama yang akan ditayangkan pada bulan Mac nanti turut dibintangi oleh Lee Joo Bin, Park Sung Hoon, Kwak Dong Yeon dan ramai lagi

3. Jeong Nyeon

Berdasarkan webtoon, “Jeong Nyeon” (tajuk romantik) yang berlatarkan tahun 1950-an, drama ini mengisahkan Yoon Jeong Nyeon (Kim Tae Ri), seorang gadis muda dari Mokpo yang tidak mempunyai wang atau pendidikan tetapi dilahirkan dengan bakat dalam nyanyian. Drama bersejarah itu mengikuti kejadian yang berlaku apabila Yoon Jeong Nyeon menyertai sebuah syarikat teater tradisional wanita untuk mencapai impiannya menjadi kaya. “Jeong Nyeon” akan diterajui oleh pengarah Jung Ji In dari “The Red Sleeve” dan dibintangi oleh Kim Tae Ri, Shin Ye Eun, Ra Mi Ran dan Moon So Ri.

4. Mom’s Friend’s Son

“Mom’s Friend’s Son” (tajuk literal) ialah drama romantik komedi terbaru mengisahkan seorang wanita bernama Bae Seok Ryu (Jung So Min), yang cuba memulakan semula kehidupannya yang bermasalah, dan anak rakan ibunya Choi Seung Hyo (Jung Hae In), yang mempunyai kisah gelap dalam kehidupan Bae Seok Ryu. Drama ini akan dipimpin oleh pengarah Yoo Je Won dan penulis Shin Ha Eun dari “Hometown Cha-Cha-Cha.”

5. A Life of a Resident That Will Be Wise Someday


“A Life of a Resident That Will Be Wise Someday” (tajuk literal) ialah sebuah drama yang akan menggambarkan kehidupan hospital yang realistik dan boleh dikaitkan serta persahabatan antara doktor dan penghuni lain di Pusat Perubatan Yulje cawangan Jongro. Pengarah Shin Won Ho dan penulis Lee Woo Jung, yang menghasilkan siri “Reply” dan siri “Hospital Playlist”, akan mengambil bahagian sebagai pencipta dalam projek baharu itu. Antara yang akan membintangi drama ini adalah Go Yoon Jung, Kang You Seok, Shin Si Ah, Han Ye Ji dan Jung Joon Won.

6. Carry Sun Jae and Run


Berdasarkan novel web popular “The Best of Tomorrow,” “Carry Sun Jae and Run” (tajuk literal) menceritakan tentang artis kelas atasan, Ryu Sun Jae (Byun Woo Seok) yang meninggal dunia di usia muda. Salah seorang peminatnya, Im Sol (Kim Hye Yoon)  kemudian melakukan pengembaraan ke masa lalu secara tiba-tiba. Kesempatan itu tidak disia-siakan oleh peminat tersebut untuk cuba menyelamatkan bintang idolanya. Drama ini dikarang oleh Lee Si Eun, penulis “True Beauty” dan “Top Star U-Back.”

7. Thank You


“Thank You” (tajuk literal) ialah drama penyiasatan pejabat yang berlatarbelakangkan pejabat audit JU Construction Company di mana rasuah berleluasa. Kisah ini menunjukkan kerja berpasukan yang huru-hara antara ketua pasukan yang dingin dan ahli pasukan penyayang dalam pasukan audit. Shin Ha Kyun akan memainkan watak ketua pasukan audit pejabat JU Construction Company, Shin Cha Il.

8. Parole Officer Lee Han Shin


“Parole Officer Lee Han Shin” (tajuk literal) mengikuti kisah Lee Han Shin (Go Soo), yang mempunyai kuasa besar untuk menentukan sama ada banduan akan dibebaskan secara parol atau tidak, kerana dia menjalankan keadilan dengan caranya sendiri. Drama ini akan diarahkan oleh Pengarah Yoon Sang Ho dari “Curtain Call,” “Jinxed at First,” dan “River Where the Moon Rises” dan skripnya dihasilkan oleh Park Chi Hyung.

9. Player 2: War of Gambler


Selepas kejayaan musim 1 pada 2018, “Player” kembali selepas enam tahun dengan musim baharu bertajuk “Player 2: War of Gambler” (tajuk literal). Sekuel drama ini masih lagi mengisahkan tentang pengumpulan pemain terhebat, daripada penipu, penggodam, pejuang dan pemandu yang bersatu untuk menyapu bersih wang kotor yang dimiliki oleh penjenayah terhebat. “Player 2: War of Gambler” akan dibintangi oleh Song Seung Heon, Lee Si Eon, Tae Won Suk, Oh Yeon Seo, dan Jang Gyu Ri.

10. Won Kyung

“Won Kyung” (tajuk roman) mengisahkan tentang kehidupan membara Ratu Won Kyung (Cha Joo Young), yang mengimpikan dunia baru pada permulaan Dinasti Joseon dan menjadikan suaminya Lee Bang Won (Lee Hyun Wook) raja dan berkongsi kuasa.Walaupun dalam rekod sejarah, dia hanya direkodkan sebagai Isteri Raja Taejong atau Lady Min, tanpa nama penuhnya, drama ini memberi penerangan tentang Ratu Won Kyung, yang menjalani kehidupan bebas tanpa kehilangan dirinya walaupun mengalami pengkhianatan yang dahsyat dan realiti yang pahit.

11. Wedding Impossible


“Wedding Impossible” (tajuk literal) adalah mengenai Na Ah Jung (Jeon Jong Seo), yang memutuskan untuk memalsukan perkahwinan dengan rakan lelakinya kerana mahu menjadi watak utama buat kali pertama dalam hidupnya. Sementara itu, Lee Ji Han (Moon Sang Min), bakal abang iparnya, menentang keras perkahwinan tersebut. Jeon Jong Seo akan memainkan watak Na Ah Jung, seorang pelakon yang tidak dikenali tetapi berbakat, manakala Moon Sang Min akan memainkan watak cucu bongsu pengerusi Kumpulan LJ yang menyembunyikan identitinya sebagai chaebol generasi ketiga.

12. Because I Want No Loss


Ditulis oleh penulis Kim Hye Young dari “Her Private Life,” “Because I Want No Loss” (tajuk literal) adalah sebuah drama bertemakan rom-com yang mengisahkan seorang wanita bernama Son Hae Young yang melangsungkan perkahwinan palsu kerana tidak mahu menanggung kerugian dan Kim Ji Wook (Kim Young Dae) yang menjadi suami palsunya kerana dia tidak mahu menyebabkan kerugian. Turut membintangi drama ini adalah Lee Sang Yi.

13. Graduation


Drama baharu oleh pengarah Ahn Pan Seok, yang menghasilkan pelbagai drama percintaan popular seperti “Something in the Rain,” “One Spring Night,” dan “Secret Love Affair,” “Graduation” (tajuk literal) berlatar belakangkan Daechi, sebuah kejiranan yang terkenal sebagai pusat pendidikan swasta di Korea. Drama ini berkisarkan seorang pengajar yang tanpa jemu membantu pelajar bernama Lee Joon Ho (Wi Ha Joon) dalam mendapatkan kemasukan ke universiti berprestij. Dalam takdir yang penuh berliku, Lee Joon Ho kemudiannya kembali ke akademi sebagai pengajar baru selepas meletak jawatan dari sebuah syarikat besar kerana hatinya masih terpaku pada cinta pertamanya, iaitu guru akademi Seo Hye Jin (Jung Ryeo Won), walaupun dia kini sudah dewasa.

Haa, drama tvN yang mana satu paling korang nantikan pada tahun 2024 ni?

Sumber : 1

loading...