Ji Suk Jin akan berehat seketika dari ‘Running Man’ ekoran isu kesihatan

Ji Suk Jin akan berehat buat sementara waktu daripada rancangan sukaramai popular “Running Man” kerana berdepan masalah kesihatan.

Pada 18 Disember, agensi Ji Suk Jin ESteem Entertainment berkongsi, “Berikutan pemeriksaan kesihatan baru-baru ini, Ji Suk Jin memutuskan untuk berehat sementara daripada SBS ‘Running Man’ atas nasihat doktor serta memerlukan rawatan sebaiknya. Dia akan berehat sebentar untuk memulihkan kesihatannya dan melakukan yang terbaik untuk menyapa penonton dalam keadaan sihat secepat mungkin. Terima kasih kerana sentiasa menunjukkan sokongan dan kasih sayang untuk Ji Suk Jin.”

Ji Suk Jin telah muncul sebagai ahli tetap “Running Man” sejak 2010.

Semoga Ji Suk Jin cepat sembuh!

Sumber : 1 | 2

loading...