Wah, bukan main-main tapi ini lah kenyataannya! SISTAR19 akhirnya bakal buat kemunculan semula yang pasti sangat dinantikan ramai.
Pada 17 November, secara rasmi diumumkan bahawa SISTAR19—unit kesayangan yang terdiri daripada ahli SISTAR Hyolyn dan Bora—akan membuat kemunculan semula pada bulan Januari 2024 nanti.
Kemunculan semula SISTAR19 yang akan datang menandakan kemunculan semula pertama mereka dalam tempoh 11 tahun: selepas membuat debut unit mereka dengan lagu hit “Ma Boy” pada tahun 2011. Manakala, keluaran terakhir kedua-duanya menerusi single “Gone Not Around Any Longer” pada tahun 2013.
Butiran lanjut tentang kemunculan semula SISTAR19 pada Januari akan dikeluarkan tidak lama lagi, jadi nantikan kemaskini selanjutnya.
Sumber : 1