Sojin Girl’s Day & pelakon Lee Dong Ha akan langsungkan perkahwinan November ini

Nampaknya sepasang lagi selebriti Korea Selatan akan melangkah ke alam perkahwinan. Kali ini giliran Park Sojin Girl’s Day dan pelakon Lee Dong Ha.

Pada 6 Oktober, sumber dalaman industri melaporkan bahawa Sojin akan berkahwin dengan Lee Dong Ha pada November akan datang.

Menjawab kepada laporan itu, agensi Sojin, Noon Company dan agensi Lee Dong Ha, 51K bersama-sama mengumumkan, “Pelakon Sojin dan pelakon Lee Dong Ha akan berkahwin. Kedua mereka akan menjadi seseorang yang istimewa buat satu sama lain.”

Agensi Sojin menambah, “Perkahwinan mereka berdua, yang telah dibina atas dasar kepercayaan yang mendalam sepanjang perhubungan mereka untuk satu jangka masa yang lama, akan diadakan secara tertutup pada bulan November dengan kehadiran ahli keluarga, saudara mara dan kenalan rapat mereka. Kami memohon sokongan dan restu anda untuk masa depan pasangan ini. Pelakon Sojin akan terus menyapa peminat menerusi projek yang hebat.”

Tidak lama selaps itu, Sojin secara peribadi menggunakan Instagramnya, mengumumkan berita perkahwinannya kepada peminat seperti di bawah:

Hai semua.

Walaupun ini sangat peribadi, saya ingin berkongsi beberapa berita baik dengan anda sebelum detik kegembiraan besar dalam hidup saya.

November yang akan datang ini, saya akan berjanji untuk menghabiskan sisa hidup saya bersama orang yang paling saya sayangi di dunia ini, Lee Dong Ha.

Ya. Saya adalah bakal pengantin perempuan yang akan berkahwin.

Dialah orang yang telah mengisi ruang kosong di hati saya dengan kasih sayang, dan dialah orang yang memberikan saya tempat berehat ketika saya sibuk menjalani kehidupan. Tidak lupa, dia adalah seseorang yang saya hormati dan sayangi yang telah menyedarkan saya betapa berharga saya di dunia ini.

Saya merancang untuk menghabiskan masa depan saya dengan lebih berharga, bijaksana dan setia bersama si dia.

Seperti biasa, saya akan terus berkongsi cebisan kehidupan seharian saya di sini. Dan yang paling penting, sebagai pelakon, saya akan melakukan yang terbaik untuk membalas kasih sayang dan sokongan anda semua dengan projek yang hebat serta lakonan yang lebih baik.

Saya sangat berterima kasih kepada peminat yang telah menyokong dan menyayangi saya selama ini. Tidak lupa kepada semua yang telah membaca siaran ini dan menyayangi saya dengan penuh kasih sayang sehingga hari ini, terima kasih saya ucapkan.

Dari Sojin.

Sojin dilahirkan pada tahun 1986 dan memulakan kerjaya sebagai ahli kumpulan gadis Girl’s Day pada tahun 2010. Dia telah membina kerjaya lakonannya dengan beberapa projek drama seperti “Stove League,” “The King: Eternal Monarch,” “Sh**ting Stars,” dan “Delightfully Deceitful.”

Manakala, Lee Dong Ha dilahirkan pada 1983 dan memulakan kerjaya sebagai ahli ensembel muzikal “Grease” pada 2008 dan mula mendapat perhatian penonton menerusi pelbagai drama termasuk “Doctor Lawyer” dan “Agency.”

Tahniah kepada kedua pasangan ini!

Sumber :  1 | 2

loading...