Saya masih single dan available – Jungkook BTS

Jungkook BTS telah mematahkan terus khabar angin tentang berita percintaannya baru-baru ini yang telah tersebar dalam talian.

Semasa siaran langsung di Stationhead yang diadakan pada 2 Oktober KST, dia meluangkan sedikit masa untuk menepis khabar angin ini secara langsung. Dia menjelaskan, “Saya ingin tegaskan tetang sesuatu kerana saya telah melihat komen mengenainya-saya tidak mempunyai teman wanita. Buat masa ini, saya tak bercinta dengan sesiapapun.  Saya hanya mahu beri tumpuan kepada kerja saya sekarang, jadi saya tidak merasakan keperluan untuk memilikinya. Sekali lagi, saya tidak ada kekasih, jadi tolong berhenti bercakap mengenainya.”

Dia seterusnya menekankan, “Betul, teman wanita saya ialah ARMY. Saya hanya ada ARMY saja sekarang. Jadi, berhentilah bercakap mengenainya. Ah, gembira dan lega hati saya dapat menyatakannya. Saya hanya mempunyai ARMY sekarang, jadi jangan risau. Hanya ARMY kekasih hati saya sekarang, okay?”

Untuk pengetahuan, Jungkook baru sahaja mengeluarkan lagu terbarunya berjudul 3D dengan kerjasama Jack Harlow.

loading...