Netflix secara rasmi telah mengumumkan drama terbaru mereka ‘Hong Rang’ dengan barisan pelakon hebat seperti Lee Jae Wook, Jo Bo Ah, Jung Ga Ram, Uhm Ji Won, Park Byung Eun , dan Kim Jae Wook.
Berlatarkan Dinasti Joseon, ‘Hong Rang’ berkisarkan tentang misteri kehilangan anak lelaki, Hongrang, sebuah keluarga saudagar yang ternama. Kakak tirinya Jae Yi, sangat komited untuk mencari Hongrang, dan segalanya terbongkar apabila Hongrang, kembali dengan membawa sebuah rahsia. Siri ini juga adalah berdasarkan novel Swallowing Gold oleh Jang Da-hye dan ianya mengangkat tema melodrama misteri yang membuatkan anda tenggelam dalam perasaan yang mungkin persahabatan atau cinta.
Lee Jae Wook akan memegang watak Hong Rang, anak lelaki Shim Yeol Guk yang dilahirkan melalui isterinya Min Yeon Eui. Hong Rang kemudian kembali dengan rahsia selepas hilang selama 12 tahun. Ia membuatkan penonton ingin tahu bagaimana Lee Jae Wook akan menggambarkan watak ‘Hong Rang, yang telah hilang ingatan sebelum kehilangannya dan muncul semula dengan rahsia.
Jo Bo Ah akan memainkan watak Jae Yi, yang bersungguh-sungguh dalam mencari abang tirinya Hong Rang. Jo Bo Ah dijangka akan menggambarkan emosi Jae Yi dengan lembut, kerana wataknya secara beransur-ansur jatuh cinta dengan Hong Rang, yang kembali selepas 12 tahun, walaupun dia mengesyaki Hong Rang tersebut adalah palsu. Jae Yi akan membawa penonton meneroka perjalanan antara cinta, persahabatan dan takdir hidupnya.
Jung Ga Ram akan menggambarkan watak anak angkat Shim Yeol Guk, Moo Jin, yang menggantikan tempat Hong Rang selepas dia menghilangkan diri. Moo Jin akan akan mencipta cinta segitiga yang tegang dengan berdepan Hong Rang, yang tiba-tiba muncul dan berjaya menggetarkan hati Jae Yi, juga mengancam kedudukannya dalam sangdan (persatuan pedagang).
Park Byung Eun akan membawakan watak Shim Yeol Guk, bapa kandung kepada Hong Rang dan Jae Yi. Shim Yeol Guk juga merupakan ketua bahagian atasan yang tidak takut untuk membuat keputusan yang dingin demi cita-citanya sendiri.
Uhm Ji Won pula sebagai isteri Shim Yeol Guk, Min Yeon Eui, yang akan melakukan apa sahaja untuk mencari anaknya yang hilang, Hong Rang. Shim Yeol Guk juga merupakan pemilik rumah golongan atasan.
Manakala Kim Jae Wook akan memegang watak Putera Han Pyeong, saudara lelaki tunggal raja sekarang dan peminat seni yang tidak berminat dalam politik atau hal ehwal istana. Ini merupakan drama saeguk pertama Kim Jae Wook dalam tempoh 15 tahun.
Sementara itu, ‘Hong Rang’ akan diketuai oleh pengarah Kim Hong-sun, yang sebelum ini menerajui Money Heist: Korea – Joint Economic Area, L.U.C.A.: The Beginning, Decoy: part 1” and “Decoy: part 2,” “The Guest,” “The Voice,” dan banyak lagi. Siri ini pula akan ditulis oleh penulis skrip Dr. Brain Kim Jin-A.
Sumber : 1