Lee Je Hoon melahirkan rasa penghargaannya terhadap aktor-aktor senior yang banyak membantu mempertingkatkan kualiti lakonannya selama ini terutamanya Kim Hye Soo dan Han Suk Kyu.
“Saya mahu menjadi aktor yang disenangi pelakon-pelakon muda seperti dilakukan pelakon-pelakon senior.”
“Han Suk Kyu pernah memberitahu saya semasa penggambaran drama SBS Secret Door, ‘Saya perlu memanfaatkan kualiti aura seseorang pelakon’ “. Begitu juga dengan sunbae Kim Hye Soo, bagaimana saya turut terpedaya dengan ‘aura’ lakonannya ketika menonton tvN signal buat pertama kali”. Melalui lakonan begitu menyedihkan sebagai putera Sado dalam SBS Secret Door, Lee Je Hoon dianugerahkan Best Supporting Actor dalam 3rd Cari Kdrama Awards. Malah, drama tvN Signal juga dinobatkan antara drama terbaik sepanjang zaman pernah dihasilkan industri seni Korea.
Tambahnya lagi, “Saya merasakan menjadi pelakon ini adalah seperti apabila melihat pelakon-pelakon senior, saya tak boleh berlakon dengan baik kerana kami bersama-sama lakukannya. Daripada situ, saya belajar pertingkatkan kemahiran lakonan saya dari semasa ke semasa”. Lee Je Hoon sedang gigih mempromosikan filem I Can Speak yang ditayangkan di layar perak sekarang.
Sumber: mydaily