Drama terbaru akan datang tvN “Lady” (tajuk literal, sebelum ini dikenali sebagai “First Lady”) telah mengesahkan barisan pelakonnya!
Pada 4 Ogos, telah diumumkan bahawa Lee Ji Ah, Lee Sang Yoon, Jang Hee Jin, Park Ki Woong, dan Bong Tae Gyu akan membintangi siri tvN baharu “Lady.”
‘Lady’ ialah drama baharu di mana skripnya dihasilkan oleh Kim Soon Ok, penulis siri hit “The Penthouse” dan drama popular “The Last Empress.” Drama ini bakal mendapat sentuhan PD Choi Young Hoon, yang baru-baru ini bekerjasama dengan Lee Sang Yoon dalam drama hit SBS ‘One the Woman.’
Drama ini mengisahkan survival seorang wanita, Hong Tae Rae yang harus bergelar Wanita Pertama (First Lady) untuk melindungi keluarga tercinta. Dia akan berdepan dengan kebenaran masa lalunya sambil bersiap untuk membalas dendam.
Lee Ji Ah akan memainkan watak Hong Tae Ra yang akan menjadi calon Wanita Pertama kerana suaminya bertanding bagi jawatan presiden. Dia mempunyai populariti, kekayaan, anak perempuan yang cantik, dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada suaminya. Satu-satunya kelemahan ialah dia tidak mempunyai ingatan tentang masa lalunya.
Pada suatu hari, Hong Tae Ra harus menghadapi kebenaran masa lalu yang telah dilupakan, dan akan membalas dendam terhadap mereka yang bertanggung jawab atas apa yang terjadi padanya.
Lee Sang Yoon memegang watak Pyo Jae Hyun, iaitu suami Hong Tae Ra. Dia seorang yang genius kerana dapat membangunkan teknologi baharu dalam bidang tampung pintar saraf (neural smart patch), dan dikenali oleh Generasi Z sebagai role model dalam bidangnya. Ramai orang yang berpengaruh dalam politik percaya dia boleh menjadi presiden Korea Selatan yang hebat. selain memiliki personaliti dan kepimpinan yang baik.
Selain Lee Ji Ah dan Lee Sang Yoon, ‘Lady’ turut dibintangi oleh Jang Hee Jin, Park Ki Woong, dan Bong Tae Gyu.
Park Ki Woong akan memainkan watak Jang Do Jin, seorang yang berdaya saing dan dia adalah wakil pengurusan syarikat IT Haechi. Dilahirkan dalam keluarga yang berada, dia adalah kawan rapat Pyo Jae Hyun, yang sentiasa meningkatkan prestasi kompetitifnya sejak kolej dan membuatkan dia mengalami rasa pahit kekalahan buat kali pertama.
Sementara itu, Jang Hee Jin akan memainkan watak Go Hae Soo. Dia adalah hos utama stesen berita YBC, isteri kepada Jang Do Jin (Park Ki Woong), dan menantu Geumjo Group. Kerana statusnya, dia sentiasa tampil yakin dan berani di mana-mana dan sentiasa bercita-cita tinggi untuk mengejar kebenaran yang belum terbongkar.
Akhir sekali, Bong Tae Gyu akan memegang watak Goo Sung Chan, ketua institut penyelidikan syarikat IT Haechi dan sangat obses dengan teknologi. Pyo Jae Hyun, Jang Do Jin dan Goo Sung Chan ibarat ‘Three Musketeers’ sejak zaman kolej lagi.
Menurut wakil dari pasukan produksi Lady, drama ini akan menjadi perjalanan seorang wanita yang ingin membalas dendam terhadap orang yang memusnahkannya.
“Ini kisah seorang wanita yang ditimpa takdir yang salah. Dendamnya yang terdesak terhadap mereka yang telah memusnahkan hidupnya dan berjuang untuk melindungi keluarganya akan digambarkan dengan cara yang mendebarkan,” katanya.