Kim Tae Hee & Rain sedang menanti kelahiran “baby” pertama mereka

Pasangan selebriti terpanas di Korea, Rain dan Kim Tae Hee bakal bergelar ibu dan ayah tak lama lagi.

Agensi Kim Tae Hee, Lua Entertainment, mengesahkan berita berkenaan dengan mengeluarkan kenyataan Kim Tae Hee ,” Saya sedang berusaha ibu dan isteri terbaik untuk keluarga ini.”

Mereka telah lama bercinta sebelum 2013 lagi sebelum mereka mengumumkan secara rasmi di hadapan orang ramai. Semasa keberangkatan Rain ke program khidmat tentera, netizen beberapa kali terserempak dengan Kim Tae Hee yang datang bertandang melawat Rain di pusat ketenteraan tersebut. Kim Tae Hee ialah  graduan universiti tersohor di Korea, iaitu Seoul National University di samping memiliki paras rupa yang cantik menawan seolah-olah berpadanan dengan Rain yang tinggi lampai. Kim Tae Hee pernah mendapat pencalonan Best Actress CARI Kdrama Award untuk drama SBS Jang Ok Jung dan juga turut popular menerusi lakonannya dalam SBS Yong pal, SBS Love Story in Harvard, KBS Iris, SBS Love Story In Harvard dan SBS Stairway to Heaven. Prestasi Rain pula kurang menentu sejak keluar daripada program khidmat tentera tetapi beliau pernah menggemparkan dunia kpop sekian lama dulu sehingga tersebarnya halyu seluruh pelusuk dunia.

Berita ini pasti menggembirakan pasangan ini setelah 4 bulan mendirikan rumah tangga. Moga perkahwinan mereka berkekalan dan mendapat keberkatan.

Sumber: OSEN

loading...