Kim Jaejoong akan rilis album baru bulan depan sebagai buah tangan sempena siri jelajah Asianya

Pada 3 Ogos, C-Jes Entertainment mengesahkan rancangan penyanyi Kim Jaejoong untuk kembali dengan album penuh bulan depan.

Album comeback Kim Jaejoong kali ini merupakan Album Penuh ke-3 sejak kali terakhir dia mengeluarkan ‘Love Song (Ae-Yo)’ pada 2020. Dalam pada itu, Kim Jaejoong sempat menyapa peminatnya di Korea dengan pelbagai keluaran OST seperti “In This World” untuk webtoon ‘Plainwalker of the Stigma’, “Things to Love” untuk drama ‘Private Lives’, OST ‘Six Stars (六等星)’ with XIA (Junsu) dan banyak lagi.

Album baharu itu, yang akan dikeluarkan pada bulan September, adalah istimewa kepada peminat kerana ia merupakan album penuh yang akan dikeluarkan dalam masa kira-kira 6 tahun sejak album ke-2 ‘NO.X’ yang dikeluarkan pada 2016. Kim Jaejoong, yang menunjukkan kepelbagaian muzik seperti hard rock, pop punk, dan balada, sekali lagi menunjukkan dunia muziknya sendiri melalui album baharunya.

Memandangkan album penuh ke-3nya akan diriliskan pada bulan September, Jaejoong merancang untuk memulakan siri jelajah Asia 2022-nya. Pada masa ini, bintang itu dijadualkan untuk memulakan siri jelajahnya di Seoul, sebelum berlepas ke Kuala Lumpur, Malaysia (23 September), Bangkok Thailand (8 Oktober), dan negara lain.

Nantikan muzik baharu daripada Jaejoong, akan datang tidak lama lagi!

Sumber : 1

loading...