Lee Yoo Mi, Ong Seong Wu, Byun Woo Seok, Kim Hae Sook dan Kim Jung Eun setuju bintangi sekuel ‘ Strong Woman Do Bong Soon’

Nampaknya kita berpeluang untuk menonton sekuel drama popular “Strong Woman Do Bong Soon”!

Pada 27 Mei, pelbagai media berkongsi bahawa pelakon Lee Yoo Mi dari “Squid Game” dan “All of Us Are Dead” akan membintangi sekuel drama “Strong Woman Do Bong Soon” bertajuk “Strong Woman Kang Nam Soon” sebagai pelakon wanita utama.

Pada hari yang sama juga, Lee Yoo Mi, Ong Seong Wu, Byun Woo Seok, Kim Hae Sook, dan Kim Jung Eun juga turut mengesahkan penglibatan mereka untuk membintangi “Strong Woman Kang Nam Soon.”

“Strong Woman Do Bong Soon” adalah sebuah drama komedi romantik yang dibintangi oleh Park Bo Young, Park Hyung Sik, Ji Soo dan ramai lagi. Drama ini  mengikuti kisah Do Bong Soon (Park Bo Young), seorang wanita muda yang dikurniakan kekuatan luar biasa. Dia jatuh cinta dan berharap untuk menggapai impiannya menjadi pereka permainan.

Sekuel ini akan berkisar tentang sepupu jauh Do Bong Soon, Kang Nam Soon, yang juga mempunyai kekuatan luar biasa. Bukan sahaja dia, malah ibunya Hwang Geum Joo dan nenek Gil Joong Gan turut memiliki kuasa yang luar biasa. Ditulis oleh Baek Mi Kyung dari “Mine” dan diterajui oleh Kim Jung Sik dari “Work Later, Drink Now,” drama ini berpusat pada realiti jenayah dadah baru yang berlaku di Gangnam.

Kim Jung Eun akan memegang watak Hwang Geum Joo, seorang wanita kaya dan taat pada agama di Gangnam yang secara obsesif melakukan perkara yang baik untuk mencari anak perempuannya yang hilang. Lee Yoo Mi akan berperanan sebagai Kang Nam Soon, seorang gadis dari Mongolia yang sedang mencari ibunya, serta seorang pelik dan ceria dengan kekuatan yang hebat.  Pelakon veteran Kim Hae Sook akan memegang watak sebagai nenek sebelah ibu Kang Nam Soon, Gil Joong Gan, seorang penjual daging yang garang sekaligus melengkapkan keluarga ganjil tersebut.

Ong Seong Woo pula sebagai Kang Hee Sik, seorang detektif yang ditugaskan untuk menyiasat kes dadah berskala besar di Gangnam. Akhir sekali, pelakon Byun Woo Seok menyertai krew sebagai penjahat misteri, Ryu Si Oh.

Penggambaran akan bermula pada musim panas ini, dan drama itu akan disiarkan pada separuh pertama tahun depan.

Adakah korang excited untuk menantikan “Strong Woman Kang Nam Soon” ni?

Sumber : (1), (2)

loading...