[Gempar] Seorang selebriti Korea cuba membunuh diri dengan menyalakan api bersama kawannya

Seorang selebriti Korea bertindak untuk mengambil nyawanya sendiri dengan menyalakan api di apartment bersama kawannya.

Menurut Sport Donga, selebriti yang juga penyanyi rap berusia 18 tahun (umur Korea) serta pernah membuat kemunculan di dalam Mnet ‘Show Me the Money’ dan siri tv ‘High School Rapper’ itu telah pun ditangkap polis dan disiasat atas cubaan menyebabkan kebakaran di apartment (officetel) tempat tinggal mereka.

A dituduh menghidupkan ledakan arka di sebuah officetel bertempat di Gangnam, Seoul sekitar jam 4.20 pagi (waktu Korea). Ketika itu, B yang duduk di bilik yang sama cuba menyimbah air ke arah ledakan arka itu lantas menyebabkan api terus dinyalakan.

Bagaimanapun, kebakaran itu tidak merebak dan hanya beberapa perkakas saja telah rentung. A dan B juga tidak mengalami sebarang kecederaan.

Siasatan awal menunjukkan A mengaku cuba untuk membunuh diri dan B pula dijadikan sebagai saksi di tempat kejadian.

Pesanan : Jika anda memerlukan seseorang yang ingin berbual, jangan malu dan segan untuk memulakan tindakan serta mendapatkan bantuan. Semak SINI untuk mengetahui Hotlines yang boleh anda capai dan sekiranya perkhidmatan tersebut tidak terdapat di negara anda, sila hubungi talian kecemasan.

Sumber: sport donga, edaily

loading...