Park Jiyeon yakni bekas ahli kumpulan T-ara ini mengumumkan akan berkahwin dengan kekasih hatinya, iaitu pemain besbol Hwang Jae Gyun menjelang musim sejuk depan.
Di dalam surat disertakannya menerusi laman instagramnya pada 10 Feb 2022 hari ini, Jiyeon berkata, “Aku mempunyai kekuatan untuk menulis surat sebegini kerana mahu memberitahu berita baik buat peminat sekaliam.”
“Aku mula ‘debut’ ketika masih muda remaja dalam usia 20-an lagi. Ketika aku bergelut dengan masalah hidup, dia akan sentiasa bersama dan menyokongku supaya aku dapat melepasi terowong yang panjang, di mana aku berada sekarang. Aku mula mengenalinya menerusi daripada seorang teman. Aku mahu hidup bahagia dengan kekasih hati yang sanggup memelukku ketika aku dalam kegoyahan dan cepat-cepat hulurkan bahunya untuk disandarkan,” tambahnya lagi.
“Aku rasa gelisah kerana mungkin korang terkejut pemberitahuan ini, dan hari sudah tiba untuk aku kongsikan kebahagian ini dengan korang semua,” kata Jiyeon mengakhiri ucapannya di instagram.
Sementara itu, Hwang Jae Gyun turut mengesahkan bahawa dia memang akan berkahwin dengan Park Jiyeon di laman instagramnya.
“Aku sudah ada seseorang yang aku ingin hidup bersama. Lebih baik aku ceritakan ini sebelum liga bermula agar aku dapat fokuskan sepenuhnya untuk kumpulan kami, KT dan tidak terbeban dengan khabar berita perkahwinan kami ketika perlawanan bermula nanti. Sehingga hari perkahwinan dan juga selepas perkahwinan, aku akan memastikan hubungan ini kekal bahagia,” nukil Hwang Jae Gyun di laman instagramnya.
Baca lagi: [Gempar] Soyeon T-ara umum akan berkahwin dengan pemain bola sepak 9 tahun muda daripadanya
Selain Park Jiyeon, dua rakan seangkatannya di dalam T-ara, Soyeon turut mengumumkan perkahwinan dengan pemain bola mula daripadanya, iaitu Jo Yoo Min manakala Hyomin pula bercinta dengan pemain bola bernama Hwang Ui Jo.
Sumber: sportwordi