Lee Jun Ki berang namanya disenaraihitam oleh pihak kerajaan

Lee Jun Ki sebagai ‘profiler’ dalam tvN Criminal Minds.

Lee Jun Ki dalam laman instagram nya menyatakan rasa tak puas hati dengan isu penyenaraian hitam namanya yang didedahkan pihak National Intelligence Service (NIS) kelmarin.  Senarai hitam itu dimulakan sewaktu pemerintahan presiden Lee Myung Bak, sebelum diteruskan oleh presiden Park Gyun Hee yang telah dipecat jawatannya awal tahun ini. Ia rentetan daripada protes dibuat oleh Lee Jun Ki  berkait dengan had kuota tayangan dibenarkan pihak kerajaan masa itu untuk filem May 18 lakonannya. Filem May 18 memaparkan tentang  demonstrasi Gwanju yang agak popular pada tahun 1980-an sehingga menyebabkan presiden Korea, Chun Do Hwan digulingkan. Malah, filem korea yang sedang laris di panggung wayang sekarang, A Taxi Driver juga berkisarkan tentang kebangkitan tersebut.

Lee Jun Ki telah membuat dialog terbuka dengan orang ramai mengenai had kuota dikenakan kerajaan ke atas filemnya dan juga galakan untuk berdemontrasi. Selepas itu, ia menjadi sebab utama namanya disenarai hitam untuk apa-apa program kebudayaan melibatkan kerajaan. Beliau tak menyedari telah disenaraihitamkan sehinggalah ianya dikeluarkan kelmarin.

Lee Jun Ki mengkritik  secara terbuka , “Bukankah kerajaan sepatutnya berkhidmat kepada rakyat? Kalau mereka (rakyat) yang merasakan hak mereka telah dinafikan dan tak dapat meluahkannya melalui surat khabar, maka demonstrasi aman lah sebagai jalannya.”

Tambah Lee Jun Ki lagi, “Saya akan lawan sungguh-sungguh”.

Namun, setelah pemilihan presiden bertukar tangan kepada parti demokratik pada tahun ini, senarai ini dijangka akan dikaji balik.

Lee Jun Ki memuat naik gambar sebagai protes terhadap kontroversi “senarai hitam” namanya dalam laman instagramnya. Gambar sengaja dihitamkan. Beliau turut mengucapkan terima kasih pada semua peminat yang menyokongnya termasuklah dari luar negara.

Dalam laman instagram nya baru-baru ini, Lee Jun Ki turut melahirkan rasa berterima kasih kepada peminat yang memberikannya kata-kata semangat dan berjanji akan memastikan dirinya berada keadaan baik belaka.

Selain Lee Jun Ki, pelakon Yoo Jun Sang yang terkenal dengan drama SBS Falsify dan SBS Heard ItThrough Gravepine turut tersenarai namanya. Lee Jun Ki sedang membintangi drama tvN Criminal Minds sebagai penyiasat ‘profiler’, juga secara kebetulan sebagai ahli NIS yang bertanggungjawab menyelesaikan kes-kes jenayah sukar.

Sumber: sport khan , naver

loading...