Ju Ji hoon & Ryu Seung Ryong akan bekerjasama dengan penulis tvN Signal untuk drama Netflix “Kingdom”?

Ju Ji Hoon . Ryu Seung Ryong . Kim Eun Hee

Setelah Song Joong Ki menolak untuk berlakon dalam drama Netflix “Kingdom” kerana sibuk menguruskan perkahwinannya, kali ini tawaran berkenaan beralih kepada Ju Ji Hoon. Agensi Ju Ji Hoon mengesahkan, “Kami baru saja menerima tawaran tersebut dan sedang pertimbangkannya”. Aktor Ryu Seung Ryong juga turut sama ditawarkan untuk watak yang tak dipastikan lagi dan sedang proses pertimbangan.

Drama berjudul “Kingdom” ini merupakan drama bersiri korea pertama diterbitkan ke dalam cenel Netflix dan akan disiarkan secara langsung kepada pengguna laman tersebut tak kira dari negara mana mereka berada. Ia berkisarkan tentang  putera raja yang bertungkus lumus membanteras penularan watak penyakit ‘zombies. Drama ini pasti mengujakan seperti bagaimana filem ‘Train of Busan’ berjaya membuatkan penonton turut terasa kesannya. Kim Eun Hee, penulis “Kingdom”, yang terkenal dalam menjadikan dramanya suspens seperti mana beliau lakukan untuk drama Signal semestinya akan menjanjikan keterujaan yang sama untuk drama Kingdom ini. PD yang akan mengetuai projek ini ialah Kim Sung Hoon, iaitu pengarah filem Hard Day dan Tunnel.

Ini juga merupakan penampilan pertama Ju Jin Hoon selepas dua tahun, kali terakhir menerusi drama SBS Mask bersama pelakon Soo Ae manakala Ryu Seung Ryong pula selepas tujuh tahun tidak berkecimpung dalam arena drama. Ju Jin Hoon juga terkenal dengan drama seperti MBC Princess Hours yang disiarkan lebih sepuluh tahun yang lepas, iaitu antara drama yang menyebarkan hallyu di serata dunia. Ryu Seung Ryong pula lebih menyerlah menerusi filem seperti War of Arrows, Masquerade dan Miracle in Cell no. 7 sehingga meraih beberapa anugerah Best Actor dan Best Supporting Actor dalam Blue Dragon dan juga Grandbell Awards. Penampilan Ryu Seung Ryong ini mungkin akan mengingatkan sesetengahnya pada garapan watak Lee Jae Han lakonan Jo Jin Woong, di jangka akan menjadikan “Kingdom” ini lebih menarik.

Kingdom akan dihasilkan sepenuhnya sebelum tayangan, dijangka disiarkan pada awal tahun depan.

Sumber: chosun

loading...