“Bolehkah saya jadi teman wanita awak?”- Lee Junho 2PM jawab pertanyaan gadis berusia 18 tahun

Lee Junho 2PM membuatkan netizen tidak keruan dengan jawapan menarik yang diberikannya kepada seorang peminat di dalam sesi Instalive baru-baru ini.

Pada 3 Februari 2022, Junho mendedahkan bahawa dia baru pulang daripada memenuhi jadual kerja dan berpeluang untuk berinteraksi bersama peminat untuk sekian kalinya.

Di dalam sesi instalive tersebut, Junho mendedahkan dia baru memotong rambutnya semata-mata untuk menjalani penggambaran, mengakui tidak reti berswafoto, suka makan daun lenga, selain menyatakan kesudian untuk kembali aktif bersama 2PM selagi rakan-rakan sekumpulan tidak sibuk dengan promosi kerjaya masing-masing.

Netizen kemudiannya tertumpu kepada soalan cepumas daripada seorang peminat berusia 18 tahun. Soalannya berbunyi begini, “Oppa, saya lahir pada 2004, bolehkah jadi teman wanita awak?”.

Lee Jun Ho yang tersentak dengan soalan itu kemudiannya menjawab, “Jika awak lahir pada tahun 2004, sekarang usia awak berapa? Saya tidak tahu boleh tak cakap begini… Saya tak rasa ia takkan berlaku. Tapi, rasa segan pula bila fikir balik.” Dengan jawapan yang diberikan, Lee Junho yang lahir pada 1990 dan kini berusia 32 tahun, tidak menolak kemungkinan untuk mencari seseorang yang lebih muda daripadanya walaupun dibezakan beberapa tahun.

Lee Junho yang baru saja mengadakan pertemuan bersama peminat ini semakin mendapat perhatian selepas membintangi drama sageuk, MBC The Red Sleeves.

Sumber: sportwordi

loading...