#JimmyKimmelRacist jadi sohor kini gara-gara ‘kegilaan’ ke atas BTS disamakan dengan wabak Covid-19

Jimmy Kimmel sekali lagi dikecam netizen gara-gara mempersendakan kegilaan ke atas BTS sebagai wabak Covid-19.

Baru-baru ini, Jimmy Kimmel membuat ucapan monolog yang membandingkan pengaruh kumpulan ‘boy band’ dengan wabak Covid-19 di dalam rancangan temubual yang dikendalikan olehnya.

“Sekarang kita tahun varian baru Omicron sedang menular lebih cepat daripada Omicron tulen….Berita baiknya, Omicron BA.2 tidaklah seteruk yang digambarkan apabila dilihat pada gejalanya. Korang tahu, varian ini, berbagai-bagai lagi varian mengingatkanku pada ‘boy band’ sekitar 90-an dan awal 2000-an. Korang tau kita ada paling besar, macam Backstreet Boys, NSYNC, kemudian ianya bermutasi kepada O-Town dan 98 Degrees. Dan, kita ada Jonas Brothers pula muncul, Big Time Rush. Mereka berpecah di setiap penjuru, akhirnya jadi One Direction. Dan pecahan itu dikumpulkan, kembali muncul kembali menyeliputi seluruh dunia, sehinggalah kita dapat sesuatu yang sangat merbahaya hingga boleh merosakkan kehidupan di bumi ini,” kata Jimmy Kimmel tanpa menyebut nama kumpulan terakhir yang merbahaya tersebut.

Netizen difahamkan kumpulan terakhir dimaksudkan ialah BTS berdasarkan ucapan-ucapan yang pernah disampaikan oleh hos temubual popular dari Amerika Syarikat itu. Gurauan kasar dibuat oleh Jimmy Kimmel itu juga adalah selaras dengan apa yang diperkatakan olehnya kepada Ashley Park pada minggu lepas di dalam temubual yang sama.

Ketika itu, Ashley Park menjelaskan bahawa dia tidak sedar telah dijangkiti Covid-19 kerana menyangka gejalanya datang daripada perasaan terkejut setelah dicam oleh Namjoon dan Taehyung. “Kau ingat itu demam BTS,” ujar Jimmy Kimmel lalu dibalas ‘ya’ oleh Ashley Park kemudiannya.

“Kedua-duanya merbahaya. Nasib baik kau terselamat,” sebut Jimmy Kimmel dengan membandingkan kegilaan Ashley Park terhadap BTS itu sebagai demam Covid-19 yang merbahaya.

Sehubungan dengan itu, sebilangan besar netizen menganggap gurauan Jimmy Kimmel agak kasar kerana boleh menghidupkan kebencian kepada orang Asia, tambahan lagi Ashley Park berketurunan Korea Amerika. Video-video di Tiktok dimuatnaik untuk menggesa beliau tidak membandingkan orang Asia dengan Covid-19 lagi manakala #JimmyKimmelracist pula tertular di laman twitter sebagai kecaman netizen terhadapnya.

Setakat ini, Jimmy Kimmel belum lagi membuat permohonan maaf mengenai isu gurauan tersebut.

Sumber: twitter, Tiktok

loading...