Netflix sediakan 24 rancangan Korea terbaru dan menarik untuk tontonan anda sepanjang 2022

Nampaknya, Netflix terus mengorak langkah ke depan untuk memberikan tayangan rancangan Korea yang terbaik untuk para penontonnya.

Bermula daripada jumpsuits ikonic “Squid Game” sehingga ke makhluk ghaib “Hellbound”, rancangan Korea semakin mendominasi budaya popular global pada 2021.

Secara keseluruhan, jam tontonan global rancangan Korea diplatform Netflix meningkat enam kali ganda pada tahun 2021, berbanding 2019. Sehingga kini, “Squid Game” merupakan rancangan terbesar yang pernah mereka lancarkan, dan menjadi rancangan Netflix paling banyak ditonton di 94 negara pada kemuncaknya. Malah, 95% daripada penonton “Squid Game” rata-ratanya datang dari luar Korea, dan majoriti dari mereka tetap meneruskan menerokai kandungan Korea yang lain diplatform berkenaan. Bahkan, “Squid Game” berjaya memenangi beberapa anugerah antaranya O Yeong Su telah dinobatkan sebagai Best Supporting Actor- Television di Anugerah Golden Globes ke-19.

Dua bulan selepas tayangan “Squid Game”, pihak Netflix kemudiannya melancarkan “Hellbound”, yang mana tayangan perdananya mencatatkan 43.48 juta jam tontonan. “Hellbound” adalah antara 10 rancangan Netflix Terbaik di 93 negara dan menduduki tempat pertama di 34 negara. Rancangan bertemakan misteri sci-fi “The Silent Sea” juga berjaya menduduki tempat nombor satu dalam senarai Top 10 mingguan bagi rancangan bukan bahasa Inggeris untuk tayangan perdananya.

Setelah mendapat perhatian masyarakat peringkat global dan menjadi destinasi peminat yang gemarkan kandungan rancangan Korea, pada tahun 2022, Netflix terus bekerjasama dengan pencerita (storyteller) Korea untuk membawa K-wave ke tahap yang lebih tinggi. Kali ini sebanyak 25 rancangan Korea (yakni jumlah terbesar setakat ini) yang menarik akan dilancarkan.

Berikut merupakan senarai rancangan Korea yang bakal bersiaran diplatform Netflix sepanjang tahun 2022.

1. All of Us Are Dead

Netflix © 2021

Pengarah: Lee JQ, Kim Nam-su

Penulis: Chun Sung-il

Tarikh pelancaran: 28 Januari

Para Pelakon: Yoon Chan-young, Park Ji-hu, Cho Yi-hyun, Lomon, Yoo In-soo, Lee You-mi, Lim Jae-hyeok

Trailer:

Sinopsis: Siri Netflix All of Us Are Dead berkisarkan tentang para pelajar yang terperangkap di sekolah yang sedang dilanda dengan wabak virus zombi. Mereka kemudiannya kesemua mereka berganding bahu berjuang untuk terus hidup. All of Us Are Dead adalah berdasarkan webtoon popular ciptaan Webtoon Joo Dong-geun, yang disebut-sebut sebagai ‘novel grafik zombi gaya Korea’ dengan imaginasi luar biasa, jalan cerita yang mencengkam dan perincian yang teliti. Visual ngeri pelajar yang dijangkiti virus zombi misteri dan aksi yang menakjubkan di beberapa bahagian sekolah mesti ditonton. Siri ini mengetengahkan beberapa bintang yang sedang meningkat naik termasuk Yoon Chan-yeong, Park Ji-hu, Cho Yi-hyun, Lomon, Yoo In-soo, Lee You-mi dan Lim Jae-hyeok.

2. Juvenile Justice 

Netflix ©

Pengarah: Hong Jong-chan

Penulis: Kim Min-suk

Barisan Pelakon: Kim Hye-soo, Kim Moo-yeol, Lee Sung-min, Lee Jung-Eun etc. 

Sinopsis: Juvenile Justice menceritakan mengenai seorang hakim yang tidak menyukai perkara berkaitan delikuensi juvana. Hakim tersebut kemudian menyedari masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak dalam masyarakat dan bagaimana masyarakat menghalang mereka untuk menjadi orang yang lebih baik. Kim Hye-soo (Hyena, Signal) memainkan watak Sim Eun-seok, seorang hakim berkarisma yang baru dilantik ke daerah dengan kes berkaitan kenakalan juvana tertinggi dan membuat keputusan yang tidak ortodoks terhadap penghakiman sedia ada. Dia kemudiannya cuba menghantar mesej bahawa masyarakat juga bertanggungjawab ke atas perbuatan tidak bermoral dan terlarang.

3. Twenty Five, Twenty One

Netflix ©

 

Pengarah: Jung Jeehyun

Penulis: Kwon Doe-un 

Tarikh Pelancaran: 12 February 

Episodes: 16 episodes (Setiap Sabtu & Ahad, 2 episode setiap minggu)

Barisan Pelakon: Kim Tae-ri, Nam Joo-hyuk, Kim Ji Yeon, Choi Hyun Wook, Lee Ju Myung

Trailer :

Sinopsis: Twenty Five, Twenty One adalah sebuah drama remaja yang menceritakan mereka kehilangan impian, berdepan  dengan dilema kehidupan dan bagaimana mereka meneruskan kehidupan ketika krisis ekonomi melanda pada 1998. Mereka hanya memanggil nama satu sama lain buat kali pertama ketika mereka berumur 22 tahun dan 18 tahun. Kini masing-masing berumur 25 tahun dan 21 tahun. Garis halus antara cinta pertama dan persahabatan menghangatkan hati masing-masing . Kasih sayang, percintaan, persahabatan, keserasian serta kepayaha di kalangan lima sahabat, mengingatkan kita tentang masa muda yang begitu berharga dan indah. 

4. Forecasting Love and Weather

Netflix ©

Pengarah: Cha Young Hun

Penulis: Sun Young

Tarikh Pelancaran: 12 February 

Episodes: 16 episodes (Setiap Sabtu & Ahad, 2 episode setiap minggu)

Barisan Pelakon: Park Min Young, Song Kang, Yoon Bak, Yura

Trailer :

Sinopsis: Forecasting Love and Weather adalah drama komedi romantis mengenai mereka yang bekerja di Jabatan Meteorologi Korea. Di sini, mereka menghadapi berbagai pahit-manis kehidupan setiap hari. Cerita ini mengisahkan Jin Ha-kyung, yang memutuskan untuk tidak terlibat dalam cinta pejabat selepas perpisahan yang memeritkan. Namun, dia akhirnya menjalin hubungan dengan pekerja baru dalam pasukan, Lee Si-woo yang berbeza tetapi menarik dengan caranya sendiri. Dengan barisan bintang hebat seperti Park Min Young dan Song Kang, ini adalah salah satu Komedi Romantik yang paling dinantikan pada separuh pertama tahun 2022.

5. Thirty Nine

Netflix ©

Pengarah: Kim Sang-ho

Penulis: Yu Young- a

Tarikh Pelancaran: 16 February 

Episodes: 12 episodes (Setiap Sabtu & Ahad, 2 episode setiap minggu)

Barisan Pelakon: Son Ye-jin, Jeon Mi-do, Kim Ji-hyun

Sinopsis: Thirty Nine adalah drama sederhana yang menyentuh tentang persahabatan, percintaan, dan kehidupan tiga sekawan yang akan menginjak usia 40 tahun. Ketiganya dipersatukan sejak di sekolah menengah akibat sebuah peristiwa yang tidak disengaja. Cha Mi-jo (lakonan Son Ye-jin), Jeong Chan-young (lakonan Jeon Mi-do) dan Jang Joo-hee (lakonan Kim Ji-hyun) adalah kawan rapat yang telah melalui pelbagai susah senang kehidupan bersama.

Mi-jo kini bekerja sebagai Pakar Dermatologi, Chan-young sebagai pemangku jurulatih dan Joo-hee sebagai pengurus jualan kosmetik. Pada suatu hari, apabila mereka semua berusia 39 tahun, kehidupan menjadi lebih buruk dan mereka perlu bersedia untuk mengucapkan selamat tinggal.

6. Tomorrow

Netflix ©

Pengarah: Kim Tae-Youn, Sung Chi-Wook

Penulis: Park Rhan, Park Ja-kyung, Kim You-jin 

Episodes: 16 episodes (2 episodes setiap minggu)

Barisan Pelakon: Kim Hee-seon, Rowoon, Lee Soo-hyuk

Sinopsis: Tomorrow adalah drama fantasi tentang malaikat maut yang dulu mengawal kematian seseorang kini  menyelamatkan manusia yang ingin mati. Drama ini menggambarkan bagaimana Choi Jun-woong yang sudah lama menganggur secara tidak sengaja terserempak dengan malaikat maut dalam misi khas dan menjadi pekerja kontrak di Pasukan Pengurusan Krisis mereka untuk membantu mereka dalam misi mereka.

7. Business Proposal (tentative)

Netflix ©

Pengarah: Park Seon Ho

Penulis: Han Sul Hee 

Episodes: 12 episodes (2 episode setiap minggu)

Barisan Pelakon: Ahn Hyo-Seop, Kim Se Jeong, Seol In A, Kim Min Gue, Lee Duck Hwa (KNP)

Sinopsis: Drama bertemakan percintaan pejabat, Business Proposal, adalah berdasarkan novel web dan webtoon terkenal di seluruh dunia dengan nama yang sama dan telah mendapat tontonan sebanyak 320 juta. Business Proposal mengisahkan percintaan antara seorang CEO yang cukup sempurna dari segi rupa dan perwatakan dengan seorang pekerja biasa yang menjadi janji temunya.

Seorang pekerja biasa Shin Ha-ri (lakonan Kim Se Jeong) pergi bertemu-janji bagi menggantikan rakannya sebagai seorang gadis yang lancang, namun menyedari bahawa orang yang ditemuinya adalah CEO di syarikatnya, Kang Tae-moo (lakonan Ahn Hyo-Seop). Selepas kedua-duanya bertemu satu sama lain pada temu janji mereka, masing-masing berjuang dengan cara mereka sendiri di pejabat sebagai CEO dan pekerja, yang kadang-kadang boleh menjadi manis, mendebarkan dan juga tegang. 

8. The Sound of Magic

Netflix ©

Pengarah: Kim Sung-youn

Penulis: Kim Min Jeong 

Barisan Pelakon: Ji Chang-wook, Choi Sung-eun, Hwang In-youp 

Sinopsis: The Sound of Magic, adalah berdasarkan webtoon popular, Annarasumanara dan mengisahkan kisah menyentuh hati Yoo Ah-yi, seorang gadis yang terpaksa membesar terlalu cepat dan Rieul, seorang ahli silap mata misteri—yang walaupun sudah dewasa—ingin kekal sebagai seorang anak kecil.

Ji Chang-wook memegang watak Rieul, yang tinggal di taman hiburan terbiar manakala Choi Sung-eun akan memainkan watak Yoo Ah-yi. Hwang In-youp akan menjadi rakan sekelas Yoon, Na II-deung.

K-drama ini akan diarahkan oleh maestro Itaewon Class, Kim Sung-youn dan skripnya ditulis oleh Kim Min-jeong yang bekerja dengannya dalam drama, Love in the Moonlight.

9. Remarriage and Desires

Netflix ©

Pengarah: Kim Jung-Min

Penulis: Lee Geun-Young

Barisan Pelakon: Kim Hee-Seon, Lee Hyun-Wook, Jung Eugene, Park Hoon, Cha Ji-Yeon

Sinopsis: Remarriage & Desires adalah drama sindiran masyarakat Korea yang dikawal oleh keinginan. Bertempat di agensi mencari jodoh eksklusif Rex yang memenuhi keperluan golongan atasan masyarakat, mereka yang bercita-cita tinggi berharap dapat meningkatkan status mereka dengan berkahwin atau berkahwin semula dengan mereka dari golongan elit. Mereka bercita-cita untuk menangkap seseorang daripada peringkat “Hitam”, kumpulan tertinggi yang terdiri daripada 0.001 peratus penduduk kelas teratas.

Dengan pelakon terkenal seperti Kim Hee-Seon, Lee Hyun-Wook dan Jung Eungene, Remarriage and Desires dengan bijak menggambarkan perniagaan mencari jodoh/perkahwinan yang dikomersialkan dan persepsi masyarakat di mana kita hidup.

10. A Model Family 

Netflix ©

Pengarah: Kim Jin-woo

Penulis: Lee Jae-gon

Barisan Pelakon: Jung Woo, Park Hee-soon, Yoon Jin-seo, Park Ji-yeon

Sinopsis: A Model Family mengisahkan seorang lelaki di ambang muflis dan bercerai dan kemudiannya terjumpa sebuah kereta yang sarat dengan wang tunai.

Insiden itu menyebabkan dia bertembung dengan ketua kedua sebuah organisasi dadah. Pelakonnya terdiri daripada Jung Woo, Park Hee-soon, Yoon Jin-seo dan Park Ji-yeon.

11. Glitch

Netflix ©

Pengarah: Roh Deok

Penulis: Gin Han-sai 

Producer: Yoon Shin-ae

Barisan Pelakon: Jeon Yeo-been, NANA

Sinopsis: Glitch mengisahkan Hong Jihyo, yang cuba menjejaki teman lelakinya yang hilang dengan bantuan ahli kelab UFO. Dalam proses itu, dia berhadapan dengan rahsia misteri.

Drama ini akan dikarang oleh penulis Gin Han-sai yang sebelum ini bekerja untuk Extracurricular dan diarahkan oleh Roh Deok, yang terkenal dengan ketangkasan merentasi genrenya.

12. The Accidental Narco (WT) 

Netflix ©

Pengarah: Yoon Jong-bin 

Penulis: Yoon Jong-bin, Kwon Sung-Hui 

Barisan Pelakon: Ha Jung-woo, Hwang Jung-min, Park Hae-soo, Jo Woo-jin, Yoo Yeon-seok, Chang Chen

Sinopsis: Berdasarkan peristiwa sebenar, kisah ini mengisahkan tentang seorang usahawan biasa yang tidak mempunyai pilihan selain mempertaruhkan nyawanya dalam menyertai misi rahsia ejen kerajaan untuk menangkap seorang raja dadah Korea yang beroperasi di The Accidental Narco.

The Accidental Narco menandakan penyertaan pertama Pengarah Yoon Jong-bin dalam drama siri dan kerjasama pertama dengan Netflix. Ia menampilkan pelakon hebat yang diterajui oleh Ha Jung-woo, Hwang Jung-min (kedua-duanya kembali ke skrin kecil), Park Hae-soo, Jo Woo-jin dan Yoo Yeon-seok.

13. The Fabulous

Pengarah: Kim Jeong-hyeon

Penulis: Kim Ji-hee, Im Jin-sun

Barisan Pelakon: Chae Soo-bin, Choi Min-ho

Sinopsis: The Fabulous adalah sebuah drama percintaan yang sangat realistik yang menerokai impian, cinta dan persahabatan golongan muda yang mengabdikan hidup mereka untuk bekerja dalam industri fesyen, di mana fesyen sering bermaksud keghairahan. 

14. Money Heist: Korea – Joint Economic Area

Netflix ©

Pengarah: Kim Hong-sun

Penulis: Ryu Yong-Jae, Kim Hwan-Chae, Choe Sung-Jun

Barisan Pelakon: Yoo Ji-tae, Kim Yunjin, Park Hae-soo, Jun Jong-seo, Lee Won-jong, Park Myung-hoon, Kim Seung-o, Kim Ji-hun, Jang Yoon-ju, Lee Joobeen, Lee Hyun-woo, Kim Ji-hoon, Lee Kyu-ho

Sinopsis: Money Heist: Korea – Joint Economic Area ialah remake siri popular Sepanyol, Money Heist yang sangat dinantikan ramai.

Ia mengisahkan seorang ahli strategi yang genius, Profesor (Yoo Ji-tae) dan krewnya yang berbakat sebagai pencuri kelas atasan ketika mereka cuba melakukan rompakan yang tidak pernah berlaku sebelum ini di Semenanjung Korea.

15. Love to Hate You

Pengarah: Kim Jeong-kwon

Penulis: Choi Soo-young

Barisan Pelakon: Kim Ok-vin, Yoo Teo, Kim Ji-hun, Go Won-hee

Sinopsis: Love to Hate You menggambarkan hubungan seperti perang antara seorang wanita (Kim Ok-vin) yang tidak suka kalah dengan lelaki dan seorang lelaki (Yoo Teo) yang curiga terhadap wanita. Mereka kemudiannya menemui remedi kehidupan di sebalik watak mereka yang bertentangan.

Drama ini akan menunjukkan cinta dan simpati emosi yang berjaya mengatasi ketidakpercayaan yang lebih meluas antara jantina yang berlawanan.

16. Somebody

Netflix ©

Pengarah: Jung Ji-woo

Penulis: Jung Ji-woo, Han Ji-wan

Barisan Pelakon: Kim Young-kwang, Kang Hae-lim, Kim Yong-ji, Kim Su-yeon

Sinopsis:Kes pembunuhan berkisar tentang aplikasi temu janji sosial yang dipanggil ‘Somebody’. Kes itu mencetuskan pembangun aplikasi dan rakan-rakannya terjerat dalam isu yang penuh misteri melibatkan seorang individu bernama Yoon-oh.

Pengarah Jung Ji-woo akan mengetuai produksi dan menandakan penyertaan pertamanya dalam pengarahan siri drama dan kerjasama dengan Netflix. Dia akan bekerjasama dengan penulis Han Ji-wan, yang terkenal dengan kebolehannya menulis skrip genre thriller yang sangat memukau.

Pelakonnya terdiri daripada Kim Young-kwang dan beberapa muka baru seperti Kang Hae-lim, Kim Yong-ji dan Kim Su-yeon.

17. Black Knight

Pengarah: Cho Ui-seok

Penulis: Cho Ui-seok

Barisan Pelakon: Kim woo-bin, Kang you-seok, Esom etc.

Sinopsis: Dibintangi oleh Kim woo-bin, Black Knight menggambarkan dunia yang tercemar udara pada tahun 2071, di mana orang ramai bergantung pada topeng pernafasan untuk bernafas. Hanya satu peratus daripada umat manusia yang terselamat, dan stratifikasi sosial yang ketat telah ditubuhkan di tanah terpencil di Semenanjung Korea.

Pemandu penghantaran memainkan peranan penting dalam sistem ini, dan bagi pelarian, menjadi pemandu penghantaran adalah satu-satunya harapan mereka untuk terus hidup. Di tengah kesunyian, Black Knight mengisahkan seorang pemandu penghantaran legenda 5-8 dengan kemahiran pertempuran yang luar biasa dan pelarian Sawol yang bermimpi untuk mengikuti jejaknya.

FILEM

18. Love and Leashes

Pengarah: Park Hyun-jin

Penulis: Park Hyeon-jin, Lee Da-hye 

Tarikh Pelancaran: 11 February

Barisan Pelakon: Seo Hyun, Lee Jun-Young, EL

Sinopsis: Love and Leashes ialah filem percintaan berani antara seorang lelaki yang mempunyai cita rasa yang unik dan seorang wanita yang terjumpa rahsianya.

Filem ini adalah filem debut Seo Hyun dan dia akan membintangi bersama Lee Jun-young U-kiss. Kedua-duanya akan menerajui percintaan yang nakal serta seksi dengan melibatkan diri dalam hubungan “istimewa”.

19. Yaksha: Ruthless Operations

Netflix ©

Pengarah: Na Hyun 

Penulis: An Sang-hoon, Na Hyun 

Barisan Pelakon: Sul Kyung-gu, Park Hae-soo, HIROYUKI Ikeuchi, Yang Dong-keun, EL, Song Jae-lim, Park Jin-young

Sinopsis: Sebuah filem aksi pengintip yang menakjubkan Yaksha: Ruthless Operations terbongkar ketika seorang lelaki tanpa belas kasihan yang dikenali sebagai “Yaksha” bertembung dengan seorang pendakwa dalam misi pemeriksaan khas di Shenyang, sebuah bandar di China yang terkenal dengan pengintipan.

Film ini menjadi comeback sutradara Na Hyun setelah terakhir kali mengadaptasi Inseparable Bros (2019) dan membuat filem aksi Prison (2017).

Park Hae-soo, bintang global dari Squid Game, memainkan peranan sebagai Ji-hoon, seorang pendakwa yang diturunkan pangkat ke Shenyang kerana terlalu patuh pada arahan.

20. Carter

Netflix ©

Pengarah: Jung Byung-gil

Penulis: Jung Byung-gil, Jung Byeong-sik

Barisan Pelakon: Joo Won

Sinopsis: Carter filem original Netflix yang baharu tentang seorang ejen yang mengalami kehilangan ingatan dan tercampak dalam misi misteri. Jung Byung-gil yang telah memproduksi berbagai filem aksi akan menjadi sutradara untuk film Carter.

Joo Won, yang memainkan peranan hebat dalam Good Doctor, Yong-pal, berubah menjadi wira aksi dalam karya baharu Pengarah Jung Byung-gil. Dalam drama popular Alice, Joo Won mempamerkan kehebatannya dalam melakukan pelbagai adegan aksi. Peranan Carter akan mencabarnya dengan aksi yang lebih ekstrem dan menarik.

21. Seoul Vibe

Netflix ©

Pengarah: Moon Hyun-sung

Barisan Pelakon: Yoo Ah-in, Ko Kyung-Pyo, Lee kyoo-hyung, Park Ju-hyun, Ong Seong-wu

Sinopsis: Aksi blockbuster Seoul Vibe mengisahkan krew pemandu bayi yang berbakat – dikenali sebagai pasukan Sangedong Supreme. Dengan mata dunia tertumpu kepada Sukan Olimpik Seoul 1988, urus niaga modal (dana) yang menyalahi undang-undang adalah isu penting ketika itu. Operasi khas yang digerakkan oleh pasukan Sangedong Supreme untuk membongkar rasuah di sebalik dana gelap.

Bintang terhebat seperti Yoo Ah-in, Ko Kyung-pyo, Lee kyoo-hyung, Park Ju-hyun, dan Ong Seong-wu akan menggambarkan pengejaran luar biasa ini di bandar Seoul yang padat dengan adegan aksi yang menakjubkan.

22. 20th Century Girl

Netflix ©

Pengarah: Bang Woo-ri

Barisan Pelakon: Kim You-jung, Byeon Woo-seok, Park Jung-woo, Roh Yoon-seo

Sinopsis: Ia adalah tahun 1999, tahun terakhir abad ke-20 dan Bo-ra yang berusia 17 tahun menemui cinta pertamanya—hubungan yang manis, tulen dan menyayat hati. Beberapa tahun kemudian pada abad ke-21, dia mendengar berita tentang cinta pertamanya yang menghidupkan semula perasaan yang dia fikir dia telah dilupakan.

Filem ini mengisahkan kehidupan remaja berusia 20-an yang dipenuhi dengan kenangan indah tentang cinta dan persahabatan. Ia dibintangi oleh Kim Yoo-jung, Byeon Woo-seok, Park Jung-woo dan Roh Yoon-seo. 20th Century Girl akan diarahkan oleh Bang Woo-ri, yang telah memenangi Anugerah Filem Pendek Terbaik untuk “Mrs.Young” di Blue Dragon Awards.

23. JUNG_E

Netflix ©

Pengarah: Yeon Sang-ho

Penulis: Yeon Sang-ho

Barisan Pelakon: Kang Soo-youn, Kim Hyun-joo, Ryu Kyung-soo 

Sinopsis: Selepas menarik perhatian dengan Hellbound, pengarah utama Yeon Sang-ho kembali dengan filem, Jung_E. Ia menggambarkan Bumi yang terbiar pada abad ke-22 yang tidak lagi boleh didiami.

Di tengah-tengah huru-hara, perang dalaman meletus di tempat perlindungan yang dibina untuk kelangsungan hidup manusia. Harapan terakhir untuk terus hidup ialah mencari cara untuk mengklon tentera upahan legenda, Jung_E menjadi robot berskala.

Filem yang menarik ini memaparkan pelbagai pelakon yang diketuai oleh Kang Soo-youn, Kim Hyun-joo dan Ryu Kung-soo. 

UNSCRIPTED SHOW

24. Celeb Five: Behind the Curtain

Netflix ©

Pengarah: Kim Joo-hyung, Go Min-seok

Barisan Pelakon: Celeb Five (Kim Shin-young, Song Eun-i, Shin Bong-seon, An Young-mi)

Sinopsis: Celeb Five: Behind the Curtain meninjau bagaimana Celeb Five (Kim Shin-young, Song Eun-yi, Shing Bong-su dan Ahn Young-mi) melakukan marathon perjumpaan untuk merancang pentas yang menakjubkan selepas ditawarkan rancangan secara solo untuk disiarkan di Netflix.

Kerja mereka di belakang pentas, lebih bijak dan kelakar daripada persembahan di atas pentas itu sendiri memberikan ketawa dan keseronokan.

Jadi, buat penggemar rancangan Korea, jangan lepaskan peluang ini untuk terus kekal bersama Netflix bagi menonton sajian yang terbaik dari platform berkenaan. Yang pasti, rancangan yang disediakan akan memberikan hiburan tanpa henti buat anda.

loading...