TREASURE membuktikan pengaruhnya begitu besar dalam kalangan peminat kpop.
Menurut jurucakap YG Ent., pembelian awal untuk album terbaru TREASURE, ‘THE SECOND STEP: CHAPTER ONE’ telah berjaya memungut jualan sebanyak 600,000 unit menjelang hampir empat minggu sebelum pelancarannya pada 15 Februari 2022. Angka ini dijangka menaik hingga mencecah 1 juta unit dalam beberapa minggu lagi.
Pencapaian ini adalah berkali ganda berbanding rekod jualan album yang dicatatkan oleh ketiga-tiga album mini keluaran TREASURE sebelum ini yakni sekitar 240,000 hingga 280,000 unit dengan album penuhnya ‘The First Step : Treasure Effect’ berjaya meraih jualan 380,000 unit. Ia merupakan ‘comeback’ TREASURE paling lama semenjak setahun berlalu.
.
Bagi mempromosikannya dalam kalangan peminat mereka di seluruh dunia, YG turut mengeluarkan beberapa foto berkonsep, melancarkan single lebih awal selain merangka jadual aktiviti interaksi TREASURE bersama peminat sebelum tarikh pelancaran album mini tersebut.
#TREASURE 'THE SECOND STEP : CHAPTER ONE' CONCEPT POSTER <BANG YE DAM>
1st MINI ALBUM ‘THE SECOND STEP : CHAPTER ONE’
✅2022.02.15#트레저 #BANGYEDAM #방예담 #1stMINIALBUM #THESECONDSTEP_CHAPTERONE #20220215 #YG pic.twitter.com/CK1sgZhqzA— YG FAMILY (@ygent_official) January 18, 2022
Kali pertama ‘debut’ pada Ogos 2020 selepas diperapkan selama bertahun-tahun, TREASURE bakal mengulangi kejayaan yang dibuat oleh senior mereka di dalam agensi sama seperti Big Bang, iKON dan WINNER.
Sumber: xsportnews