Siri balas dendam yang mendebarkan “Marry My Husband” lakonan Park Min Young, Na In Woo & ramai lagi akan tayang di Prime Video 1 Januari 2024

Siri balas dendam “Marry My Husband” akan datang secara eksklusif di Prime Video.

Pada 7 Disember, Prime Video telah mengumumkan bahawa drama bersiri tvN dan Amazon Original Korea ‘MARRY MY HUSBAND’ terbitan Studio Dragon, anak syarikat CJ ENM, akan disiarkan di Prime Video di Malaysia dan lebih 240 negara dan wilayah di seluruh dunia, kecuali Korea Selatan dan China , mulai Isnin, 1 Januari 2024. Episod baharu akan dikeluarkan pada setiap Isnin dan Selasa.

Diadaptasi daripada novel web, ‘MARRY MY HUSBAND’ mengisahkan tentang dendam seorang wanita yang sakit tenat yang menyaksikan hubungan sulit antara suami dan kawan baiknya. Ratu komedi romantik terkenal Park Min Young, yang membintangi ‘LOVE IN CONTRACT’—sebuah drama Korea yang juga tersedia di Prime Video—melakonkan watak protagonis yang dikhianati, Kang Ji Won.

Selepas mengetahui hubungan sulit antara kawan baiknya Jung Su Min (Song Ha Yoon) dan suaminya Park Min Hwan (Lee Yi Kyung), Min Hwan membunuh Ji Won. Dalam kejadian yang tidak dijangka, Ji Won kembali ke masa sepuluh tahun yang lalu dan bertekad untuk menetapkan semula nasibnya dengan bantuan rakan sekerjanya Yoo Ji Hyuk (Na In Woo).

Cabaran hidup Kang Ji Won, dan permulaan siri balas dendam yang mendebarkan

Kang Ji Won ialah seorang wanita biasa yang menghadapi cabaran kehidupan seharian di rumah dan di tempat kerja. Walaupun dia telah banyak berkorban untuk menjaga suaminya yang tidak cekap dan berdepan dengan mertua yang sering memarahinya, kebaikan Ji Won sering diambil kesempatan.

Suaminya, yang merupakan satu-satunya keluarga Ji Won dan kawan baiknya, bagaimanapun telah mengkhianatinya. Bukan sahaja dia menemui realiti yang menyakitkan ini, Ji Won juga terpaksa melawan dengan penyakit kanser yang dihidapinya.

Tanpa dijangka, Ji Won mendapat peluang kedua dalam hidup dan bertekad untuk meletakkan kesemua kesalahan ke atas dua pengkhianat itu atas nasib malangnya. Dia kemudian berniat untuk membalas dendam dan mengubah hidupnya.

Jangan ketinggalan untuk tonton kisah balas dendam dan percintaan yang mendebarkan “Marry My Husband” di Prime Video pada 1 Januari 2024.

Pelanggan Prime Video di Malaysia dan 240 negara serta wilayah di seluruh dunia boleh menstrim “My Man Is Cupid” mulai 1 Disember. Menerusi aplikasi Prime Video, para pelanggan juga boleh memuat turun episod pada peranti mudah alih dan tablet mereka dan menonton di mana-mana di luar talian tanpa kos tambahan. Prime Video boleh dilanggan di Malaysia dengan bayaran pada hanya RM25 sebulan dan ada akan dapat menikmati pelbagai hiburan yang terbaik tanpa henti dan tanpa sempadan.

loading...