Rancangan realiti tv terbaru Neftlix, berjudul Single’s Inferno mula menemui penonton pada 18 Disember 2021 lalu.
“Single’s Inferno” berkisarkan situasi di mana lima pasangan lelaki dan perempuan yang terperangkap di dalam pulau terbiar. Terkandas dan bersedia untuk bermain cinta, peserta bujang mencari cinta di pulau tanpa penghuni yang hanya boleh ditinggalkan sebagai pasangan janji temu di syurga.
“Single’s Inferno” dibintangi oleh Kim Hyun-joong, Kim Jun-sik, Choi Si-hoon, Moon Se-hun, Oh Jin-taek, Song Ji-ah, Ahn Ye-won, Kang So-yeon, dan Shin Ji-yeon. Penyanyi kumpulan Super Junior, Kyunghun, pelakon Lee Da Hae serta Hong Jin Kyung akan bertindak sebagai hos rancangan tersebut.
Ditanya tentang apa yang menarik mengenai rancangan ini, Hong Jin Kyung berkata, “Sangat rumit dan mungkin akan berkecamuk nanti, muka-muka baru ini telah bersemuka di dalam hutan. Dari hutan, mereka ke kamar tidur. Mereka tak tahu pun ada kamera di dalamnya.”
Pengarah Kim Jae Hwan pula berkata, “Saya gilakan program realiti berunsurkan ‘dating’. Banyak program ‘dating’ tahun ini, tetapi yang ini juga ada keistimewaannya tersendiri. Saya harap penonton dapat kekal menonton sampai habis.”
Single’s Inferno boleh ditonton di Netflix.
Sumber: sport chosun, my daily