10 Drama Korea Terbaru Disajikan Untuk Tontonan Anda Sepanjang Jun Ini

Annyeong, chinguyaa~~ Sedar tak sedar, dah masuk bulan Jun, dah dipertengahan tahun 2021. Namun begitu, kita masih lagi dalam proses melawan Pandemik Covid-19, jadi sila patuh SOP yang disediakan kawan-kawan! Apapun, tayangan drama Korea tetap diteruskan untuk korang dalam mengharungi PKP ni.

Well, seperti biasa, ini dia 10 buah drama Korea terbaru yang akan memulakan siarannya sepanjang Jun 2021. So, let’s check it out the list.

1. My Roomate Is A Gumiho (tvN)

tvN “My Roomate Is A Gumiho” yang diadaptasikan daripada webtoon karangan Na, berkisarkan tentang pelajar kolej bernama Lee Dam yang terserempak dengan lelaki gumiho yang berazam untuk menjadi manusia. Meskipun begitu, sumpahan berikutnya memastikan keadaan di mana sekiranya manusia menelan butiran permata, mereka boleh hidup sehingga setahun saja dan jika butiran permata itu pecah berderai, maka gumiho tidak boleh jadi manusia. Untuk mengelakkan terjadinya sumpahan itu, gumiho itu pun memutuskan untuk tinggal bersama Lee Dam.

Jang Ki Yong akan membawakan watak sebagai gumiho yang telah hidup selama 999 tahun bernama Shin Woo Yeo yang kacak dan sopan-santun manakala Hyeri pula akan memegang watak Lee Dam yang petah bercakap seolah-olah tanpa pernah wujud keraguan di dalam fikirannya.

Bae In Hyuk pula akan melakonkan watak Gye Sun Woo, rakan sekolej Lee Dam yang menaruh hati padanya. Gye Sun Woo seorang yang sangat popular dalam kalangan gadis-gadis di kolejnya, namun menjadi tidak keruan apabila cintanya ditolak oleh Lee Dam.

Kedua-dua Kang Han Na dan Kim Do Hwan yang telah meninggalkan impresi mengagumkan di dalam drama tvN Start Up sebelum ini, masing-masing akan membawakan watak sebagai gumiho wanita bernama Yang Hye Sun dan kawan baik Lee Dam bernama Do Jae Jin. Yang Hye Sun yang berazam untuk menjadi manusia seperti Gye Sun Woo juga, memiliki hati baik dan rupa yang agak menawan walaupun sebenarnya agak naif di dalam soal cinta manakala Do Jae Jin pula sanggup berkorban apa saja hingga berhadapan risiko hilang nyawa, organ atau anggota badan demi menagih cinta tak kesampaian. Do Jae Jin mencintai Yang Hye Sun sepenuh hati dan mahu melihat Yang Hye Sun menjadi manusia sepenuhnya.

tvN “My Roomate Is A Gumiho” yang mendapat khidmat sutradara Nam Sung Woo (“MBC Weightlifting Kim Bok Joo”,”tvN 100 Days My Prince”) serta gandingan penulis skrip duo Baek Sun Woo dan Choi Bo Rim (“tvN Ugly Heart”,”tvN Poem A Day”) telahpun pula ditayangkan di tvN pada 26 Mei yang lalu. Namun begitu, penonton di Malaysia terutamanya boleh menonton drama ini menerusi tvN Asia di Astro Ch 395 dan Unifi TV Ch 211 mulai 3 Jun depan pada setiap Khamis dan Jumaat, jam 9.15 malam.  “My Roomate Is A Gumiho” juga boleh ditonton menerusi medium iQiyi pada setiap Rabu dan Khamis jam 9.40 malam. IQiyi menyiarkan drama ini pada hari yang sama dengan tayangannya di Korea dan telah mula menayangkan “My Roomate Is A Gumiho” sejak 25 Mei lepas.

2. Penthouse Season 3 : War In LIfe (SBS)

“Penthouse 3” atau lebih dikenali makjang drama akan menemui penonton untuk musim yang ketiga dengan  plot drama yang lebih mengejutkan disamping dengan misi balas dendam yang berterusan. Musim ketiga ini akan menampilkan beberapa watak baru di mana antaranya akan dilakonkan oleh On Joo Wan dan Park Ho San.

“Penthouse” mengisahkan tentang kehidupan komuniti di Hera Place, sebuah apartment mewah yang majoritinta didiami oleh mereka yang berada dalam kelas atasan. Drama ini fokus kepada soladariti dan balas dendam di antara sekelompok wanita yang tidak berhenti untuk melakukan apa sahaja demi melindungi anak-anak mereka.

“Penthouse 3 : War In Life” akan mula bersiaran pada 5 Jun depan menerusi Astro ONE TV Asia Ch 393 pada setiap Sabtu dan Ahad jam 9.30 malam. Drama ini juga boleh ditonton menerusi aplikasi Viu yang kini turut  menayangkan koleksi “Penthouse” musim pertama dan kedua.

3. Love (ft. Marriage and Divorce) 2 / Marriage Lyrics and Divorce Music 2 (Tv Chosun)

“Love (ft. Marriage and Divorce)”  menceritakan kisah tiga wanita protagonis yang menawan berusia 30-an, 40-an, dan 50-an di mana mereka berdepan dengan musibah yang tidak dapat dijangkakan, dan juga perlu menangani masalah pasangan suami isteri ketika mereka berusaha mencari cinta sejati.  Ketiga pasangan suami isteri itu berada pada tahap pernikahan yang berbeza. Drama ini ditulis oleh Im Sung Han, yang terkenal dengan penulisan drama makjang (drama dengan plot twist yang extreme).

Musim pertama drama ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama mempertontonkan bagaimana tiga perkahwinan tersebut diambang perpecahan dan bahagian kedua pula menyaksikan tentang bagaimana hubungan sulit si suami dengan wanita lain bermula. “Love (ft. Marriage and Divorce) 2” menjanjikan lebih banyak konflik, pengkhianatan serta balas dendam dalam rumahtangga masing-masing ketika para isteri cuba untuk mendapatkan kembali suami mereka hubungan yang lebih kusut ketika para isteri menuntut kembali suami mereka.

“Love (ft. Marriage and Divorce) 2” akan ditayangkan di TV Chosun mulai 12 Jun depan pada setiap Sabtu dan Ahad, jam 21:00 KST. Bagaimanapun, drama ini boleh ditonton menerusi Netflix pada hari yang sama selepas satu jam tayangannya di Korea.

4. At A Distance, Spring Is Green (KBS)

“At A Distance, Spring Is Green” adalah drama yang diadaptasi dari satu webtoon popular yang menceritakan tentang perjuangan pelajar kolej dalam menghadapi realiti kehidupan yang sukar. Plot ini berkisar pada kehidupan tiga pelajar iaitu Yeo Joon (Park Ji-Hoon), Kim So-Bin (Kang Min-Ah), dan Nam Soo Hyun (Lee Shin-Young).

Ketiga-tiga pelajar kolej ini mempunyai keperibadian yang berlainan dan juga menjalani kehidupan yang berbeza. Yeo Joon dari keluarga yang kaya dan ramah, tetapi ibu bapanya tidak mempunyai banyak masa untuknya. So Bin pula adalah seorang yang tulus ikhlas tetapi mempunyai masa lalu yang sukar kerana perceraian ibu bapanya. Dan terakhir, Soo Hyun, seorang perfectionist dan dia cemerlang dari segi akademik. Namun, sangat berhati-hati dengan orang disekeliling berikutan keadaananya yang sukar disamping berdepan masalah kewangan.

“At a Distance, Spring is Green” akan ditayangkan setiap hari Isnin dan Selasa di KBS mulai 14 Jun depan. Drama ini juga akan turut  bersiaran menerusi medium iQiyi.

5. Monthly Magazine Home (JTBC)

 

“Monthly Magazine Home” memaparkan kisah seorang lelaki yang suka membeli rumah dan seorang wanita yang lebih suka untuk menyewa rumah. Siri ini merangkumi topik “memiliki atau menyewa rumah”, yang menjadi perhatian orang yang tinggal di Korea dan di mana saja di dunia.

Na Young Won (Jung So Min) adalah seorang editor berkaitan hartanah di Monthly Magazine Home selama 10 tahun tetapi masih belum memiliki kediamannya sendiri. Yoo Ja Sung (Kim Ji Seok) pula adalah seorang Ketua Pegawai Eksekutif Monthly House Magazine dan menjadi pemilik rumah baru yang disewa oleh Young Won. “Rumah” adalah salah satu aset yang sangat diingini di kalangan masyarakat zaman moden. Walaupun Na Young Won menganggap rumah sebagai tempat di mana dia boleh menjadi dirinya sendiri, namun bagi yoo Ja Sung ia adalah sumber kekayaan selain berfungsi sebagai tempat untuk tidur.

“Monthly Magazine Home” diarahkan oleh Lee Chang Min yang sebelum ini mengarahkan “Welcome to Waikiki” dan skripnya dinukilkan oleh Myung Soo Hyun yang pernah menulis untuk drama “Rude Miss Young Ae” dan “Drinking Solo.”

Drama ini akan mula disiarkan mulai 16 Jun depan pada setiap Rabu dan Khamis menerusi rangkaian JTBC. “Monthly Magazine Home” juga boleh ditonton menerusi aplikasi iQiyi pada hari yang sama tayangannya di Korea.

6. Hospital Playlist 2 (tvN / Netflix)

tvN “Hospital Playlist” yang dibintangi oleh Jo Jung Suk, Jung Kyung Ho, Yoo Yeon Seok, Jeon Mi Do, dan Kim Dae Myung sebagai lima orang doktor yang pertama kali bertemu di sekolah perubatan dan menjadi teman rapat sejak itu. Drama ini juga turut menceritakan kisah seharian doktor dan pesakit. Setelah berjaya mencuri hati penonton tahun lalu, drama perubatan hit ini kembali untuk musim yang kedua.

Untuk musim yang kedua ini, ia akan mengetengahkan persahabatan yang mesra di antara lima doktor, yang dapat memperoleh keselesaan hanya ketika bersama antara satu sama lain. Kehidupan baru setiap mereka bermula pada awal 40-an. Dengan kerjaya sebagai doktor, kehidupan pragmatik orang yang hidup, mati, dan hanya singgah di hospital akan diceritakan dari perspektif mereka yang berbeza.

‘Hospital Playlist 2’ juga turut menyuntik sedikit elemen romantis. Pengangkiran musim pertama dahulu telah menimbulkan tanda tanya kepada penonton tentang hubungan cinta yang bakal terjalin antara Jo Jung Suk dan Jeon Mi Do, samada Jung Kyung Ho dikecewakan oleh teman wanitanya, dan sebagainya. Selain itu, penonton juga akan disajikan dengan bagaimana persahabatan serta karakter mereka serta berkembang sejak musim pertama.

“Hospital Playlist” boleh disaksikan menerusi medium Netflix mulai 17 Jun depan. Biasanya drama ini tersedia untuk ditonton selepas satu jam tayangannya di Korea.

7. Voice 4 (tvN)

Musim ke-4 siri drama “Voice” yang bertemakan thriller misteri akan menangani kes pembunuh bersiri dengan kemampuan pendengaran yang ditingkatkan. Kang Kwon Joo (Lee Ha-Na) yang memiliki kemampuan yang sama, kini berdepan dengan dilema yang lebih besar sehingga dia bekerja sama dengan Detektif LAPD Derek Jo (Song Seung-Heon) untuk menangkap pembunuhnya.

“Voice” yang ditayangkan musim pertamanya pada tahun 2017, adalah sebuah drama mengenai pusat panggilan kecemasan dan para pekerjanya memerangi jenayah menggunakan maklumat terhad yang mereka perolehi dari panggilan kecemasan yang diterima.

Musim ke-4 siri drama “Voice” yang bertemakan thriller misteri akan menangani kes pembunuh bersiri dengan kemampuan pendengaran yang dipertingkatkan. Kang Kwon Joo (Lee Ha-Na) yang memiliki kemampuan yang sama, kini berdepan dengan dilema yang lebih besar sehingga dia bekerja sama dengan Detektif LAPD (Los Angeles Police Department) Derek Jo (Song Seung-Heon) untuk menangkap pembunuhnya.

“Voice 4” kali ini disiarkan menerusi rangkaian tvN Asia Astro Ch395, Unifi TV Ch211 dan Astro Go mulai 19 Jun depan pada setiap Sabtu dan Ahad, jam 9.15 malam.

8. So Not Worth It (Netflix)

“So Not Worth It” adalah sebuah sitkom komedi Netflix yang mengisahkan sekumpulan pelajar multinasional yang tinggal bersama di asrama universiti di Seoul yang dibintangi oleh Park Se Wan, Shin Hyun Seung, Youngjae GOT7, Minnie (G)I-DLE, dan Han Hyun Min.

Park Se Wan akan memainkan peranan sebagai Se Wan, pembantu pengajar yang bertugas mengurus asrama. Shin Hyun Seung akan memainkan peranan sebagai Jamie, pelajar baru di asrama dari Amerika. Youngjae GOT7 pula sebagai Sam, anak presiden rantaian makanan global tteokbokki yang dibesarkan di Australia. Minnie (G)I-DLE sebagai Minnie, seorang pelajar dari Thailand yang suka berfantasi hasil daripada menonton drama Korea. Han Hyun Min memainkan peranan Hyun Min, seorang pelajar Korea tanpa kewarganegaraan yang tidak dapat memasuki asrama dan harus berulang-alik sejauh lima jam setiap hari ke universiti.

Serial ini akan disutradarai oleh Kwon Ik Joon, yang memiliki pengalaman menghasilkan sitkom komedi hit seperti “Three Guys and Three Girls” dan “Nonstop”. Sementara itu, Kim Jung Sik, yang pernah menghasilkan drama sitkom seperti “High Kick!,” “Potato Star 2013QR3,” dan “Smashing on Your Back,” akan mengarahkan beberapa episode tertentu. Skrip drama pula dinukilkan oleh Seo Eun Jung (“Soonpong Clinic,” “New Nonstop”) dan Baek Ji Hyun (“Nonstop” Seasons 1-3, “Rude Miss Young Ae”).

Siri original Netflix ini akan memulakan tayangannya pada 18 Jun depan.

9. Nevertheless (JTBC)

“Nevertheless” adalah drama romantis yang diadaptasi dari satu webtoon popular dengan judul yang sama tentang seorang wanita bernama Yoo Na Bi (Han So Hee), yang tidak percaya pada cinta tetapi tetap ingin bertemu janji, dan seorang lelaki bernama Park Jae Uhn (Song Kang), yang menganggap temu janji itu sesuatu yang mengganggu namun tetap juga suka bercinta.

Drama ini mengisahkan kisah cinta realistik seseorang yang berusia 22 tahun yang tidak pandai meluahkan perasaan mereka biarpun mempunyai emosi yang kuat. Setelah cinta pertama Yoo Na Bi berakhir dengan teruk, dia berhenti mempercayai cinta atau takdir, tetapi ketika dia bertemu dengan Park Jae Uhn, dia mendapati dirinya tertarik kepadanya seperti rama-rama yang suka pada bunga. (“Na Bi” juga bererti “rama-rama” dalam bahasa Korea.) Park Jae Uhn tampaknya adalah jejaka pujaan ramai dan seorang yang ceria, tetapi sebenarnya dia umpama bunga yang tidak dapat dimiliki oleh siapa pun – sehingga rama-rama (Yoo Na Bi) yang tidak dijangka muncul di hadapannya.

“Nevertheless” akan memulakan tayangannya pada 19 Jun depan dirangkaian JTBC. Namun, jangan risau, anda pasti boleh menonton drama ini menerusi medium Netflix mulai 20 Jun ini.

10. No One in Their Right Mind / No One But A Madman (MBC)

“No One But A Madman” adalah sebuah drama yang mempunyai plot cerita yang berkaitan. Drama ini mengisahkan kisah pekerja di pertengahan umur yang berjuang untuk bertahan di tempat kerja mereka yang kompetitif berikutan mengalami perubahan besar. Ini akan menyentuh mengenai “isu panas” kehidupan di alam  pekerjaan, seperti meletak jawatan, pindah ke pekerjaan baru, dan juga diberhentikan.

Choi Ban-Seok (Jung Jae-Young), adalah seorang jurutera senior yang bekerja sebagai major developer untuk Hanmyung Electronics. Namun, setelah 22 tahun di industri ini, dia tiba-tiba menghadapi kemungkinan untuk dipecat. Bagi mengelakkan perkara itu berlaku,  dia tidak punya apapun pilihan selain dipindahkan ke jabatan sumber manusia. Dia kemudian bertemu dengan ketua jabatan sumber manusia, Dang Ja-Young (Moon So-Ri). Walaupun mempunyai personaliti dan matlamat kerjaya yang berbeza, mereka mula bekerjasama.

“No One But A Madman” boleh ditonton menerusi Astro Oh!K Ch 394 mulai 24 Jun, pada setiap Khamis dan Jumaat jam 7.40 malam. Drama ini akan bersiaran dalam tempoh 24 jam selepas tayangannya di Korea.

Jadi, buat peminat drama Korea, jangan lepaskan peluang untuk menonton drama-drama terbaru ini. Bagaimanapun, setiap siaran drama ini tertakluk kepada sebarang perubahan daripada rangkaian penyiaran yang berkaitan. Penulis akan sentiasa kemaskini jika terdapat sebarang perubahan. Happy watching, guys!  Apapun, please wearing your mask especially in the public, always wash your hand, using hand sanitizer regularly, apply social distancing, Jangan keluar rumah kalau tiada keperluan and sila patuh kepada SOP yang ditetapkan. (Keep on repeating this to spread the awareness) #KitaJagaKita

loading...