[Gempar] Jennie Blackpink & G Dragon Big Bang sedang dilamun cinta

May be an image of 2 people

Jennie Blackpink dan G Dragon Big Bang dilaporkan sedang dilamun cinta.

Menurut portal terkemuka, Dispatch, Jennie Blackpink dan G Dragon dilihat bermesra-mesra berdekatan dengan kediaman rasmi milik G-Dragon di Hannam. Mereka dilaporkan sudah pun menjalinkan hubungan cinta sejak setahun yang lalu.

Rumah ‘penthouse’ milik G-Dragon yang dilengkapi dengan sistem keselamatan yang sangat canggih itu memerlukan pengesahan sebanyak 2 kali bagi membolehkan orang luar masuk ke dalam. Bagaimanapun, kereta Jennie dikatakan telah didaftarkan ke dalam sistem keselamatan membolehkan dia dengan begitu mudah masuk ke dalamnya. Selepas itu, dia hanya perlu menggunakan lif berasingan untuk terus ke ‘penthouse’ tersebut.

Jennie dikatakan kerap mengunjungi G-Dragon sebaik saja jadual kerja Blackpink berakhir dan di dalam pengetahuan YG Ent. Pengurus Jennie sekali-sekala menurunkan Jennie ke rumah G-Dragon untuk menemuinya, begitu juga sebaliknya. Hal ini kerana G-Dragon juga dilihat di set penggambaran muzik video untuk album studio pertama Blackpink tempoh hari.

Tambah Dispatch lagi, pada 31 Jan 2021 lalu, Jennie dilihat meninggalkan rumah G-Dragon untuk bergegas ke konsert ‘online’ Blackpink. Kereta G-Dragon juga berada berdekatan dengan Kintex. “Ramai orang di YG sudah tahu dengan hubungan mereka. Mak Jennie pun sudah sedia maklum. Dia berterima kasih pada G-Dragon kerana menjaganya sebaik hati,” kata salah seorang kenalan mereka.

Jennie pernah menyulam cinta dengan Kai EXO sebelum ini, namun hubungan tersebut hanya bertahan selama sebulan saja.

Sumber: Dispatch

loading...