Geram tengok Seok Jin cuba gagalkannya, Taehyung BTS bagi sedas ciuman sebagai ‘amaran’

May be an image of 5 people

Dalam episod terbaru Run BTS! yang ke-128 semalam  dan disiarkan pada 9 Feb 2021 semalam, kesemua ahli BTS berhimpun untuk bermain “games” tertentu.

Beberapa minit sebelum episod Run BTS! ini berakhir, mereka bermain  ‘Lampu merah, Lampu Hijau’ di mana pemain kena menarik diri kusyen berlapikkan beban tubuh mereka dan kembali semula dengan panel bergambar Suga tanpa kantoi ditangkap gagal berbuat demikian.

Sewaktu giliran Seok Jin, Taehyung hampir-hampir nak tiba di garisan penamat untuk mencapai panel bergambar itu. Seok Jin cuba mendekati Taehyung dengan harapan untuk mengejutkannya sebelum kemudiannya dia pula dikejutkan dengan ciuman di pipinya.

Akibatnya, telinga Jin menjadi merah dan mukanya merah padam, barangkali terkejut dengan tindakan Taehyung tersebut. Seok Jin tidak dapat menahan dirinya daripada tertawa selepas itu. Bagaimanapun, tindakan Taehyung untuk membatukan dirinya tidak berhasil apabila dia terpaksa bermain semula kerana telah didapati melanggar peraturan ditetapkan setelah menggerakkan bibirnya.

Video kelakuan spontan Taehyung mendapat ciapan merata di laman sosial twitter sejak semalam, rata-ratanya terkesima dengan semangat persaudaraan (“bromance”) ditunjukkan di antara Taehyung dan Seokjin dengan tanda pagar #taejin menyusul selepas itu. Dalam episod kali ini, Taehyung, Jimin, Nam Joon dan Seok Jin dilihat cuba memainkan harmonika lantas kemudiannya mencetuskan minat dalam kalangan peminat BTS.

Sumber: Weverse, VLive

loading...