Park Byun Eun, Jeon Do Yeon, Ryu Jun Yeol, Naeun Apink disatukan untuk drama terbaru, jtbc Disqualified as a Human

May be an image of 4 people

Drama jtbc terbaru ini tampaknya sudah berjaya mendapatkan barisan pelakon yang mantap. Kesemua pelakon ini sudah menyatakan komited mereka untuk menyertainya.

jtbc Disqualified as a Human berkisarkan tentang kehidupan mereka yang belum mencapai apa-apa dan mahu cuba jadi yang terbaik di depan masyarakat.

Jeon Do Yeon akan membawakan watak Boo Jung, penulis siluman (“ghostwriter”) di usia 40-an yang terkapai-kapai mencari kehidupan yang diingini manakala Ryu Jun Yeol pula sebagai Kang Jae, seorang lelaki usia 30-an yang takut untuk keluar daripada cangkuman keselesaan dirinya. Mereka yang hidup keseorangan ini akhirnya dipertemukan bersama dan cuba untuk bersimpati sesama sendiri bagi menjalani kehidupan yang lebih baik.

Park Byung Eun pula akan membawakan watak pegawai kerajaan bernama Jeong Su, yang mahu hidup seperti orang lain dan mengendahkan bebanan kerja yang diberikan manakala watak lakonan Naeun Apink pula belum dispesifikasikan setakat ini.

Kali terakhir Jeon Do Yeon, pelakon yang memenangi Best Actress CARI Kdrama Awards ini, berlakon drama adalah menerusi tvN Good Wife pada tahun 2016 dan Ryu Jun Yeol pula menerusi drama MBC Lucky Romance pada tahun 2016. Turut membintangi drama ini ialah Jo Eun Ji, Park Ji Young dan Kim Hyo Jin.

jtbc Disqualified as a Human bakal mendapatkan sutradara Heo Jin Ho yang terkenal dengan filem-filem hebat seperti “Forbidden Dream,” “Princess Deokhye,” “One Fine Spring Day,” dan “Christmas in August.” Skripnya pula ditulis oleh Kim Ji Hye yang juga dikenali kerana hasil kerjanya di dalam bidang layar perak seperti “Wish,” “My Love, My Bride,” dan “Architecture 101.”

jtbc Disqualified as a Human bakal ditayangkan menjelang pertengahan tahun 2021 depan.

Sumber: xsportnews, IS Plus, wow tv

loading...