3 kumpulan kpop baru ini bersaing tagih sokongan peminat generasi ke-4 sebelum tahun 2020 berakhir

Aespa dan Bling Bling bakal mengeluarkan lagu ‘debut’ mereka hari ini, 17 November 2020 manakala StayC sudah pun melakukannya lima hari yang lalu. Ketiga-tiganya mempunyai ciri-ciri yang agak berbeza dengan Aespa dan Bling Bling mendapat perhatian yang khusus sebelum hari ‘debut’ mereka menjelma.

1. Aespa

Apa yang membuatkan Aespa sangat dikenali menjelang hari-hari ‘debut’ mereka adalah disebabkan pengumumannya dibuat sendiri oleh CEO SM Entertainment, Lee So Man mengenai projek eksperimen kumpulan kpop pertamanya untuk menggabungkan 4 ahli sebenar dengan 4 ahli virtual , menggunakan teknik penjanaan imej dan Hologram AR.

Aespa dianggotai oleh empat orang : Karina (Yoon Ji Min – Korea), Giselle (Uchinaga Aeri – Jepun), Winter (Kim Min Jung – Korea), dan Ningning (Ning Yizou – China). Selepas kritikan atas pakaian avatar NingNing dan kini sekali lagi, Aespa menerima kritikan netizen berkenaan dengan video tersebut yang dikatakan telah menciplak KDA – POPSTAR, namun projek single debut mereka, ‘Black Mamba’ tetap diteruskan hari ini.

2. StayC

Berlainan dengan Aespa, StayC ditubuhkan di bawah agensi kelolaan Black Eyed Pilseung yang terkenal dengan gubahan lagu-lagu berbentuk R&B dan bernada melodramatik, iaitu High Up Entertainment. StayC telah mengeluarkan album mini single, “Star To A Young Culture” untuk tatapan peminat kpop sejak 12 November 2020 lalu dengan lagu ‘So Bad’ dijadikan single utama.

StayC dianggotai oleh enam orang ahli: Sumin (Bae Su Min), Sieun (Park Si Eun), Isa (Lee Cha Young), Seeun (Yoon Se Eun), Yoon (Shim Ja Yoon), dan J (Jang Ye Eun). Sieun amat dikenali sebagai pelakon kanak-kanak dan juga anak kepada penyanyi pop Korea yang agak popular pada tiga dekad lalu, Park Nam Jung.

Bagaimanapun, seperti juga Aespa, StayC juga tidak lari daripada kontroversi menciplak idea, contohnya dapat dilihat menerusi MV ‘So Bad’ dikatakan mirip dengan ‘Midnight Sky’ nyanyian Miley Cyrus. Malah, kelab peminat antarabangsanya juga dikatakan bertelagah dengan kelab peminat Stray Kids atas penggunaan nama kelab yang seakan-sakan sama.

Apapun, kontroversi demi kontroversi akan menjadikan StayC semakin dikenali ramai.

3. Bling Bling

Tidak seperti Aespa dan StayC, konsep Bling Bling yang sedikit mirip dengan Mamamoo ini, adalah kumpulan kpop di bawah naungan Major9. Bling Bling dianggotai oleh Cha Ju hyun, Ayamy, Choi Ji Eun, Marin, Narin (Lee Na Rin) dan Yubin (Kim Yu Bin). Dua anggotanya, Ayamy dan Marin adalah berbangsa Jepun.

Tidak gentar untuk ‘debut’ di dalam minggu yang sama dengan Aespa dan StayC, Bling Bling menjadikan mereka sebagai pesaing dan motivasi untuk terus maju ke depan. Bling Bling mengeluarkan lagu ‘G.G.B’ sebagai single pertamanya.

Sumber: N/A

loading...