TREASURE cipta rekod artis kpop pertama raih jualan 3 album mini terlaris dalam sehari untuk tempoh setahun

TREASURE, menjadi kumpulan kpop pertama (dan juga terpantas) meraih jualan album melebihi 100,000 unit dalam sehari untuk tiga buah album mini dikeluarkan selang beberapa bulan sejak debut pada Ogos 2020 lalu.

Menurut Hanteo, TREASURE melakukannya dengan album mini ketiga yang dikeluarkannya semalam, 13 November 2020 berjudul “The First Step : Chapter Three” dengan perolehan sebanyak 118,768 unit di dalam sehari. Dua album mini dikeluarkan oleh TREASURE selang sebulan sebelum ini iaitu “The First Step : Chapter One” dan “The First Step : Chapter Two” masing-masing memperolehi 121,943 unit dan 114,450 unit dalam sehari. Walaupun kejayaan tiga buah album mini daripada TREASURE ini hanya mengandungi dua lagu saja berbeza bagi setiap album (atau difahami sebagai ‘single album’) adalah tidak sesuai untuk dijadikan bandingan kepada mana-mana kumpulan kpop dengan keluaran album mini mempunyai sekurang-kurangnya lima atau enam lagu berbeza (atau dikenali sebagai album EP), ia sudah cukup membuktikan TREASURE ialah kumpulan ‘rookie’ kpop pertama yang berjaya berbuat demikian.

Menurut catatan Gaon pula, TREASURE dijangka akan melepasi jumlah jualan album melebihi 500,000 unit untuk tiga buah album yang dipasarkan berdasarkan kutipan sebanyak 244,190 unit dan 237,695 unit masing-masing diperolehi menerusi “The First Step : Chapter One” dan “The First Step : Chapter Two” sebelum ini. Bagaimanapun, untuk mendapatkan pengiktirafan ‘platinum’ daripada Gaon, TREASURE memerlukan sekurang-kurangnya jualan sebanyak 250,000 unit bagi setiap album. Sekiranya tiga album mini TREASURE ini akhirnya berjaya mencapai pengiktirafan platinum dalam tempoh setahun sahaja, ia bakal menjadikan mereka kumpulan ‘rookie’ kpop yang terpantas meraih pengiktiran 3x platinum.

Sementara itu, kejayaan TREASURE tidak terhenti di Korea sahaja apabila jualan album ketiga ini juga meraih kedudukan pertama di Line Music dan Rakuten Music di Jepun, serta QQ Music di China. Malah, album ini juga meraih kedudukan no.1 di dalam carta Itunes, Spotify dan Apple Music di kebanyakan 19 negara di seluruh dunia termasuklah Indonesia dan Thailand.

“The First Step : Chapter Three” mengandungi dua buah lagu iaitu ‘MMM’ dan ‘Orange’. Jika single terdahulu, ‘Boy’ bertemakan luahan hati seorang remaja lelaki yang jatuh cinta untuk kali pertama dan ‘MMM’ pula lebih bernadakan emosi dengan rentak menghiburkan.

Sumber: sport khan

loading...