GOT7 rancang “comeback” dengan album studio penuh pula selepas 2 tahun

GOT7 akan kembali menggegarkan industri kpop dengan album studio penuh keempat selepas dua tahun.

Album yang diberikan judul “Breath of Love : Last Piece” itu dijangka akan dilancarkan pada 30 November 2020 ini manakala single utamanya, “Breath” pula dikeluarkan seminggu lebih awal pada 23 November 2020.

“Breath of Love : Last Piece” merupakan album studio penuh keempat GOT7 selepas “Present : YOU” pada tahun 2018. Ia menyusul album mini ke-11 mereka, “Dye” dan single “Not By The Moon” pada April 2020 lalu yang berjaya mencatatkan kejayaan agak membanggakan di Korea dengan jualan sebanyak 281,791 unit diraih di dalam seminggu menurut Hanteo.

Sumber: hankyung

loading...