Doyoung NCT ikut jejak langkah abang, sertai bidang lakonan buat pertama kali

Doyoung (atau nama sebenarnya Kim Dong Young) cuba melibatkan dirinya dalam bidang lakonan buat pertama kali.

Menurut Spottvnews, Doyoung yang juga daripada kumpulan subunit NCT 127 itu juga, akan memegang watak utama pelajar sekolah berusia 18 tahun di dalam drama terbitan MBC berjudul The Curious Stalker. The Curious Stalker, yang bertemakan pemulihan dan pertumbuhan keremajaan di dalam cafe yang dikunjungi oleh mereka, adalah berkonsepkan rentas masa.

Memandangkan abang penyanyi itu ialah Gong Myung yang dikenali menerusi filem box office, ‘Extreme Jobs’ dan drama seperti jtbc Be Melodramatic/Melo Suits Me, kedua-dua adik-beradik ini bakal bergelar pelakon di masa hadapan.

Selain menyanyi, Doyoung juga pernah mengendalikan program ‘music show’ sebagai hos dan penglibatannya di dalam lakonan sangat dinanti-nantikan oleh peminat. Doyoung juga menjadi ahli ketiga NCT menyertai bidang lakonan selepas Jaemin dan Jaehyun.

Sumber: spottvnews

loading...