“Siapa pula ngaku kenalan aku ini?” – Baekhyun nafi kenali mana-mana kawan, pernah dicurangi Chanyeol EXO

Baekhyun tampil mempertahankan rakan sekumpulannya, Chanyeol lantaran pendedahan daripada seorang netizen B yang mengaku kawan kepada seorang netizen lain, A yang sebelum ini mendakwa dirinya bekas kekasih yang dicurangi oleh Chanyeol.

Netizen B mendakwa segala apa tuduhan berlaku kepada Chanyeol adalah “karma” di atas perbuatannya mencurangi A. Walaupun A telah memadamkan kenyataan kontroversinya itu, namun ia masih tertular di ruang media sosial sehingga diperdebatkan kesahihannya.

Bagaimanapun, Baekhyun hari ini menafikan bahawa dia pernah mengenali mana-mana “kawan” kepada Chanyeol seperti yang tertular sejak semalam.

“Tak, tapi….sapa pulak mengaku sebagai kenalan aku ini? (Aha ada nyamuk, hentak) Binatang kecil ini~~~ Ah, goncang, goncang,” ciap Baekhyun menerusi laman twitter.

Polemik tentang Chanyeol yang dikatakan memiliki ramai teman wanita dan telah mencurangi salah satunya, masih lagi tidak kesudahan setelah SM Entertainment mengambil pendirian untuk tidak masuk campur dengan hubungan peribadi anak buahnya itu.

Sumber: enews

loading...