Hanya 7 hari saja masa diberikan kepada Kwon Yuri (SNSD) untuk selamatkan Hyun Woo daripada mati di dalam SBS Breakup Probation, A Week

Image may contain: 2 people, closeup

Hyun Woo dan Kwon Yuri (SNSD) sudah menyatakan persetujuan membintangi drama SBS terbaru berjudul, “Breakup Probation, A Week”.

“Breakup Probation, A Week” ialah sebuah drama berkisarkan seorang wanita yang perlu berpisah dengan kekasih yang dicintainya sepenuh hati masa selama seminggu untuk menyelamatkan nyawanya daripada terkorban. Kwon Yuri akan membawakan watak Park Garam, seorang wanita yang hidup bebas tanpa bergantung harap kepada sesiapa disebabkan kejadian buruk berlaku pada suatu masa dulu, tetapi akhirnya terpaksa berhadapan dengan takdir menyedihkan apabila lelaki yang dicintainya menunggu masa untuk mati.

Ini merupakan drama pertama Kwon Yuri sejak Dae Jang Geum Is Watching pada tahun 2018. Berikutan kes abangnya, Kwon Hyuk Jun yang disabitkan kesalahan berhubung skandal Burning Sun, Kwon Yuri jarang mendedahkan dirinya di khalayak ramai. Manakala Hyun Woo pula pernah berlakon di dalam KBS Woman of 9.9 Billions dan MBN Witch’s Love setelah lebih banyak melakonkan watak pembantu di dalam beberapa buah drama sebelum ini.

Sumber: hankyung , OSEN

loading...