Haruma Miura, 30 tahun, seorang pelakon Jepun yang agak terkenal, meninggal dunia dipercayai kerana membunuh diri menurut satu laporan daripada Jabatan Polis Metropolitan Tokyo.
Haruma Miura ditemui menggantungkan dirinya di dalam sebuah apartment yang bertempat di Minato Ward, Tokyo sekitar jam 1.00 petang hari ini. Sebaik saja ditemui, mendiang segera dikejarkan ke hospital untuk dirawat, namun usaha untuk memulihkannya tidak berhasil apabila pihak hospital mengesahkan berita kematiannya tidak lama selepas itu. Polis sedang menyiasat punca sebenar di sebalik kejadian.
Haruma Miura banyak membintangi beberapa buah drama, antaranya Gokusen 3, Bloody Monday, Boku no Ita Jikan dan Last Cinderella manakala dalam layar perak pula, pelakon itu pernah memegang watak animasi Jepun Eren untuk filem Attack On Titan. Drama terakhir lakonannya ialah Love Will Begin When Money End yang bakal ditayangkan menjelang September 2020 ini.
Sumber: japan times, nippon time, arama japan