Shin Minah, bekas ahli kumpulan ILUV yang baru saja menamatkan kontrak WKS ENE, didapati terselamat selepas cubaan membunuh diri di Sungai Han kemarin, akuinya dalam satu pendedahan dibuat menerusi video yang dimuatnaik di dalam cenel Youtube, ‘Cocoah’.
“Maaf kerana bakal mengejutkan kalian tentang apa yang berlaku di Sungai Han pagi semalam. Saya belum mampu lagi untuk bersosial dengan kalian buat masa sekarang ini dan perlu masa untuk berehat. Polis telah selamatkan saya semalam dan menasihati saya tentang beberapa perkara. Saya tak dapat lupakannya,” katanya.
“Buat mereka menonton, jangan buli saya lagi. Saya akan kembali selepas berehat sekejap. Maaf kerana membuatkan kalian risau,” sambungnya lagi.
Kali terakhir sebelum kejadian itu berlaku, Minah dilihat berkata begini di hadapan netizen, “Saya akan mati. Kalian nak tengok saya mati kan? Jangan sembunyikan lagi kerana kalian pun nampak di sebaliknya. Saya sudah cukup derita, janganlah ganggu saya lagi.” Minah yang menjalani rawatan di hospital di atas penyakit dialaminya sejak awal Januari 2020 menyebabkannya tidak lagi aktif sebagai ahli, tetapi akhirnya terpaksa berundur daripada ILUV beberapa hari lalu.
Tindakan membunuh diri itu difahamkan kerana pengakuannya dibuli oleh rakan-rakan sekumpulan di dalam ILUV tidak mendapat pembelaan secukupnya, seperti pernah disuarakan oleh Kwon Mina sebelum ini ke atas Jimin sehingga membawa kepada pengunduran ketua kumpulan AOA itu serta-merta . Min Ah mengakui bahawa bekas rakan-rakan ILUV pernah memaksanya menonton video lucah sehingga membuatkannya trauma sejak daripada itu.
Pesanan : Jika anda memerlukan seseorang yang ingin berbual, jangan malu dan segan untuk memulakan tindakan serta mendapatkan bantuan. Semak SINI untuk mengetahui Hotlines yang boleh anda capai dan sekiranya perkhidmatan tersebut tidak terdapat di negara anda, sila hubungi talian kecemasan.
Sumber: OSEN