Red Velvet kembali mempertaruhkan lagu terbaru daripada subunit mereka untuk lagu duet terbaru berjudul ‘Monster’. Ia merupakan satu-satunya single pertama keluaran Red Velvet untuk tahun 2020 ini sejak kejayaan Psycho yang dilancarkan pada Disember 2019 dan telah pun dinobatkan sebagai lagu kpop paling popular dan menyengat di Malaysia sepanjang awal pertengahan tahun 2020.
Mungkin ramai tidak sedari lagi, aktiviti Red Velvet sepanjang pertengahan tahun 2020 ini terpaksa diperlahankan berikutan seorang ahlinya, Wendy terlantar di hospital selama berbulan-bulan akibat kecederaan dialaminya semasa membuat persembahan sebelum ini. Namun, Red Velvet tampaknya tidak akan duduk diam menunggu selagi bulan jatuh ke riba. Mereka kembali bersedia untuk menghiburkan peminat yang sudah menanti lama. Maka dengan itu, Irene dan Seulgi tampil menghadiahkan gandingan serasi raksasa mereka yang disebut sebagai ‘Monster’, disusuli dengan lagu kedua, ‘Naughty’ menerusi album subunit dengan judul yang sama.
Monster ialah sebuah lagu berentak pop dengan gubahan lirik berkonsepkan raksasa yang tidak kunjung mati, menyelami pemikiran seseorang sehingga akhirnya bersemadi dan bersatu dengannya. Lagu ini telah pun dilancarkan di seluruh gedung muzik terkemuka seperti Flo, Melon, Genie, iTunes, Apple Music, Spotify, QQ Music, Cougar Music, dan Couture Music sejak 5 petang 6 Julai 2020.
Bagaimanapun, perancangan SM untuk memperkenalkan subunit ini seakan-akan terbantut seketika apabila muzik video yang dijadualkan untuk tontonan pada jam 5 petang tadi tidak kelihatan lagi. Ia menimbulkan kemarahan peminat Revluv di serantau Asia apabila dijanjikan oleh SM tentang penangguhannya sehingga jam 7 malam saja, tetapi sehingga kini tiada langsung khabar berita mengenainya.
Semoga dipermudahkan buat Red Velvet seperti yang pernah berlaku kepada IZONE sebelum ini apabila muzik video ‘Secret Story of Swan’ telah dilambatkan tontonannya sehari daripada perancangan mereka.
Sumber: xsportnews