Lee Hyo Ri dan Yoona SNSD sedang syok berkaraoke ketika mengadakan sesi Instagram secara langsung untuk dikongsikan bersama peminat pada 1 Julai 2020 semalam.
Namun, perbuatan mereka tersebut mengundang kecaman daripada sebilangan netizen berikutan berkaraoke ketika larangan Covid-19 cuba diperluaskan telah mengakibatkan contoh tauladan yang tidak baik untuk dijadikan ikutan.
Pada malam kejadian, Lee Hyori berkata, “Saya tengah minum dengan Yoona dan kami di sini untuk berkaraoke di Apgu-jeong.” Sambil Yoona memetik lagu untuk dinyanyikan bersama, Lee Hyori tersentak membaca komen seorang netizen lalu berkata, “Eh kenapa tak boleh berkaraoke?” Yoona pula menyampuk, “Kami memang berhati-hati dan telah pun memakai topeng muka.” Sedari perbuatan mereka itu bakal memanjangkan lagi perdebatan, Lee Hyori segera menamatkan instagram Live-nya beberapa minit kemudian.
Keesokan harinya, Yoona SNSD menulis surat bagi membuat permohonan maaf secara terbuka dan dikongsikan kepada peminatnya di instagram. “Saya tengah bermuhasabah diri kerana membuatkan orang risau dengan kecuaian saya. Saya memohon maaf. Saya akan berhati-hati dan berusaha untuk berwaspada mulai hari ini.” Begitu juga dengan Lee Hyori yang terlebih dahulu membuat permohonan maaf menerusi instagram miliknya, “Saya tengah bermusabah tentang perbuatan saya malam semalam lagi-lagi ianya tak sesuai dalam keadaan saya perlu berhati-hati. Saya terlalu teruja sampaikan tidak teringat untuk memikirkannya. Sebagai kakak (unnie) kepada Yoona, saya memohon maaf kepadanya.”
Sumber: imaeil