Terjual melebihi 1 juta unit, Seventeen raih jualan album terbaik minggu ini atasi IZONE, Baekhyun, Golden Child & Stray Kids

Image may contain: 13 people, shoes

Seventeen kembali merajai carta album Gaon pada minggu ini dengan perolehan album terlaris di dalam sejarah karier nyanyian mereka sepanjang ‘debut’ pada tahun 2015.

Album ‘Henggarae’ memperolehi jualan sebanyak 1,097,799 unit menurut Hanteo, sekaligus mengenepikan IZONE, Baekhyun EXO, Golden Child dan Stray Kids yang masing-masing berada di kedudukan no.2,no.3 serta no.4, no.6 dan no.7 di dalam carta album Gaon. Seventeen merampas takhta tersebut daripada tangan Stray Kids yang jatuh merundum ke tangga ke-7 manakala IZONE masih kekal di tangga kedua untuk dua minggu berturut-turut dengan jualan album sudah pun mencecah 411,708 unit, meletakkan SEVENTEEN dan IZONE masing-masing di kedudukan kedua dan kelima saja untuk perolehan album terbesar di dalam seminggu untuk pertengahan tahun 2020.

Album Henggarae merupakan album mini ke-9 yang dikeluarkan oleh SEVENTEEN setelah lebih 9 bulan berehat di Korea. Dengan jualan sebanyak 1,097,799 unit ini, ia meletakkan kumpulan itu sebaris dengan BTS bagi penjualan album terbanyak pada masa kini.

Sementara itu, How You Like That dendangan Blackpink yang mencipta kesempurnaan dominasinya dalam pasaran muzik Korea (‘perfect all kill’) buat pertama kali sejak dilancarkan pada hari Jumaat lalu, berada di kedudukan no.12 carta digital Gaon pada minggu ini dengan 16,398,070 unit saja telah terjual dan dijangka menaik kedudukannya di kelompok 5 terbaik menjelang carta digital Gaon minggu depan berdasarkan pencapaian terkini di dalam carta muzik harian di Korea termasuklah Melon, Soribada, Genie Music, Bugs dan Flo Music.

Sumber: gaon, hanteo

loading...