Baekhyun, artis solo Kpop pertama raih jualan satu album melebihi 1 juta unit dalam tempoh 20 tahun

83452023-1391594261231560-1211485402259632146-o-jpg-nc-cat-106-nc-sid-110474-nc-ohc-EH9u-XCM64-ZMAX8nbsp;

Baekhyun sekali lagi melakarkan sejarah menjadi artis solo Kpop secara berkumuplan pertama meraih jualan satu album melebihi 1 juta unit, yang mana kali terakhir pernah dilakukan oleh Seo Taiji pada 20 tahun yang lalu.

Baekhyun memahatkan rekod berkenaan menerusi album keduanya, ‘Delight’ dengan jualan sebanyak 1,018,746 unit setakat 30 Jun 2020 menurut Gaon. ‘Delight’ juga menjadi antara album solo terpantas sekali meraih jualan melebihi 1 juta unit dalam tempoh sebulan selain catatan artis solo pertama melakukannya sejak Kim Gun Mo pada 19 tahun lalu.

Dengan perolehan sebanyak 1 juta unit menerusi ‘Delight’ serta penambahan jualan album solo pertama, ‘City Lights’ yang sekurang-kurangnya sudah pun  mencecah 525,935 unit berakhir tahun 2019, Baekhyun telah pun memperolehi jualan album secara keseluruhan melebihi 1.5 juta unit.

Sebelum ini, Baekhyun telah menjadi artis solo pertama mencapai jualan album solo terbanyak dengan 704,257 unit dalam seminggu menurut Hanteo, sekaligus mengatasi rekod yang pernah disandang oleh Kang Daniel menerusi album solo sulung, ‘Color on Me’. Ia turut meletakkan Baekhyun di tangga ketiga untuk jualan album terbanyak di dalam seminggu untuk tahun 2020 selepas Seventeen dan BTS.

Selain kejayaan di Korea, ‘Delight’ turut melakarkan sejarah di negara China dengan mencatatkan rekod album solo Korea dengan pengiktirafan 3 kali platinum oleh QQ Music.

‘Delight’ menghadiahkan single ‘Candy’ untuk tatapan peminat.

loading...