GIDONGDAE memulakan langkah berani dengan single pertama, ‘Party, Like This’

Image may contain: 5 people

GIDONGDAE atau nama lainnya, SWAT team merupakan kumpulan kpop baru di bawah naungan 2K Entertainment. Kumpulan ini dibarisi lima orang anak muda iaitu Kiwon, Taedong, Yehyeon, Wonjin dan Haolin. Taedong dan Yehyeon ialah bekas pelatih Produce 101 musim kedua.

Tepat jam 6.00 petang waktu Korea pada 3 Jun 2020 hari ini, Gidongdae mengeluarkan single ‘debut’, ‘Party, Like This’ sebagai permulaan berani untuk mendedahkan diri mereka kepada khalayak umum. Ia sebagai respon terhadap sokongan padu yang diterima di atas persembahan tarian kreografi dibuat oleh mereka berkenaan lagu tema gimnastik negara dan dimuatkan menerusi aplikasi TikTok.

Kreografi ‘Party, Like This’ yang diilhamkan daripada cetusan idea Taedong, memaparkan diri mereka menghabiskan masa terluang dengan berhibur di tepi pantai.

Jom tontoni video muzik dan bolehlah ikuti perkembangan mereka di instagram.

loading...