Seventeen umum album terbaru selepas 9 bulan menyepi di Korea

Pledis Entertainment yang kini di bawah naungan Big Hit Entertainment, mengesahkan Seventeen akan mengeluarkan album terbaru pada 22 Jun 2020.

Album ini menyusul ‘An Ode’ yang pernah dikeluarkan pada September 2019 sehingga berjaya meletakkan Seventeen sebaris dengan BTS dan EXO dalam kalangan kumpulan kpop paling berjaya di akhir era 2010-an dengan meraih jualan 700 ribu unit dalam seminggu. Kemunculan terbaru ini sememangnya sangat ditunggu-tunggu peminat Carat terutamanya, memandangkan Seventeen telah lama menyepi di Korea berikutan wabak Covid-19 di samping banyak aktiviti mereka dihabiskan di Jepun.

Seventeen sedang mempromosikan sambutan ulang tahun kelima pembabitan mereka di dalam industri muzik menerusi episod-episod dokumentari, SEVENTEEN: Hit the Road yang dipertontonkan setiap minggu.

Sumber: sport khan

loading...