Seorang staf dijangkiti Covid-19, bangunan CJ &ENM ditutup sementara untuk penyahkuman

Seorang staf yang dikesan positif virus Covid-19, telah menyebabkan CJ &ENM mengambil keputusan untuk menghentikan operasi bangunannya sementara yang bertempat di Sangamdong, Mapo, Seoul bagi proses penyahkuman.

Jurucakap rasmi CJ &ENM dilaporkan berkata, “Hari ini, seorang pekerja didapati positif Covid-19. Kesemua bangunan ditutup berkuatkuasa 3.00 petang hari ini dan di bawah tindakan protokol kecemasan. Kecuali untuk kes yang tak dapat dielakkan, kesemua staf akan bekerja di rumah.”

“Staf tersebut ialah seorang wanita dalam lingkungan 30-an yang baru pulang dari Amerika Syarikat dan beliau sedang disiasat untuk diketahui aliran perjalanannya,” kata sumber terdekat yang akhirnya mendedahkan staf tersebut ialah PD Bob Bless You 2.

PD Bob Bless You 2 itu baru sahaja pulang bercuti di New York dan segera menghubungi krew produksinya. Dilaporkan juga PD tersebut tidak bertemu dengan pelakon-pelakonnya walaupun belum dapat disahkan kesahihannya. Atas sebab itu, CJ&ENM mengambil keputusan untuk menutup bangunannya sementara untuk proses nyahkuman.

Namun begitu, lumrah kehidupan industri seni yang menghimpunkan golongan selebriti termasuklah idol dan para pelakon, krew produksi dan staf-staf di satu tempat kerja, menyebabkan kebarangkalian penularan Covid-19 ke atas orang lain itu tetap ada. Krew-krew Bob Bless You 2 itu pula dikatakan telah pun terbabit di dalam kerja-kerja produksi di dalam MBC Save My Holmes. Ia menyebabkan MBC bertindakbalas dengan mengumumkan pekerja-pekerjanya dikehendaki berada di rumah.

Sumber: imbc, kmib

loading...