Seungri telah ditemani seorang wanita yang tak dapat disahkan identitinya ketika media berpusu-pusu membuat liputan terhadap penyanyi itu yang melangkah masuk untuk menunaikan khidmat ketenteraannya.
Namun, beberapa gambar liputan yang diselidik oleh sekumpulan netizen di laman komuniti forum Nate membuktikan wanita itu ialah Yoo Hye Won, seorang model yang pernah digosipkan bercinta dengan Seungri pada dua tahun yang lalu. Ia berdasarkan jenis anjing yang dikendong oleh pembantu Seungri dan didakwa sebagai milik Yoo Hye Won.
Seungri digosipkan bercinta dengan Yoo Hye Won pada Oktober tahun 2018 dan kedua-duanya pun tidak menafikannya. Kelibat mereka bersama juga jarang dipertontonkan secara terbuka lagi-lagi ketika Seungri terpaksa berulang-alik ke mahkamah bagi menghadapi perbicaraan di atas beberapa kesalahan termasuklah dakwaan menjadi bapa ayam, culas membayar cukai, penjudian secara haram dan pengurupan wang secara haram.
Sejurus dengan itu, agensi Yoo Hye Won telah dihubungi untuk menjelaskan perkara tersebut. Jurucakap Saetbyeoldang Entertainment hanya berkata, “Kami tak tahu. Itu privasi hidupnya.” Penjelasan agensi juga tidak menafikan keberadaan anak buahnya di dalam kenderaan yang sama dinaiki oleh Seungri semalam.
Sumber: hankookilbo, SBS Fun E, mydaily, star news, nate (pann)