Drama tvN Criminal Minds yang baru disiarkan mulai semalam berjaya ‘trending ‘di portal Naver dan memungut ‘rating’ sebanyak 5.4% di kawasan Seoul dan 4.1% keseluruhan. Satu pencapaian agak mengagumkan buat produksi drama kebel tvN melalui ujian tayangan pertama kali dilakukan untuk slot Rabu dan Khamis.
Episod 1 Tvn Criminal Minds bermula dengan satu pasukan NCI menerima panggilan ada bom telah dipasang di dalam bangunan. Ketua pasukan NCI, Kim Hyun Joong (Son Hyun Joo) mengarahkan pasukannya mematikan bom berkenaan. Namun, malang tak berbau, bom meledak dan menyebabkan ramai rakan sepasukan Kim Hyun Joon (Lee Jun Ki) terbunuh. KIm Hyun Joon mengalami trauma.
Antara kritikan yang diterima, adalah adaptasi korea ini tidak mengikuti versi amerika yang asal. Teknik ‘profiling’ Kim Hyun Joon juga tidak jelas. Kekuatan naratif watak dan solusinya terhadap kes juga tidak dilengkapkan dengan baik menyebabkan “flow” cerita tertanggu. Apapun, antara komen positif adalah episod 1 membuatkan penonton berasa suspens dengan landskap yang sangat dramatik di awalan cerita.
tvN Criminal Minds dibintangi oleh Moon Chae Won, Lee Jun Ki, Son Hyun Joo dan Kim Young Chul. Ia bersiaran pada jam 11.00 malam setiap hari Rabu dan Khamis mengikut masa di Korea Selatan.
Sumber: news.1.kr