Lee Sang Yoon & Yook Sung Jae bakal berundur dari SBS Master in The House bermula hari ini

Lee Sang Yoon dan Yook Sung Jae bakal meninggalkan SBS Master in The House setelah hampir dua tahun mengganggotai rancangan itu bersama Lee Seung Gi dan Yang Se Hyung.

Menurut portal IS Plus seperti dipetik daripada sumber dalaman media, “Lee Sang Yoon dan Yook Sung Jae dilihat di dalam sesi rakaman terakhir dibuat oleh kedua-duanya pada 17 dan 18 Februari lalu.” Keempat-empat selebriti itu pada asalnya dirancang untuk untuk berkunjung ke sebuah pulau di Jeollanam-do. Namun disebabkan cuaca yang teruk, rancangan itu dibatalkan dan digantikan dengan penggambaran di atas bot di tengah-tengah lautan.

Dalam masa yang sama, Cube Entertainment juga telah mengesahkan pengeluaran Yook Sung Jae daripada rancangan itu serta-merta, begitu juga dengan pengesahan dibuat oleh agensi Lee Sang Yoon yang berkata, “Keluar itu adalah lebih baik. Lee Sang Yoon akan fokus pada aktiviti lakonan.” Pihak produksi pula dalam kenyataan senada dengannya berkata, “Sang Yoon dan Sung Jae bersemuka sebagai ‘adik-beradik’ dan telah berinteraksi dengan baik dengan berbagai-bagai sifu. Akhirnya, mereka telah memilih untuk membuat sesuatu baru di masa hadapan. Sebagai tanda penghargaan, saya rasa ia suatu ucapan selamat tinggal buat kami semua.”

SBS Master in The House merupakan rancangan realiti tv yang memperuntukkan mereka untuk berkampung selama beberapa hari bagi mempelajari ilmu-ilmu dicurahkan oleh sifu atau pakar yang dikunjungi mereka. Keempat-empat mereka merupakan anggota asal SBS Master in The House sebelum disertai oleh Shin Sung Rok kemudiannya. Tiada maklumat lanjut tentang siapakah bakal menggantikan mereka tetapi dilaporkan pihak produksi mahu menggantikan mereka dengan idol dan pelakon baru.

Sumber: ytn news, IS Plus, news1

loading...