Sentuhan muzik B.I dapat dinikmati dalam album terbaru iKON ‘i DECIDE’

Yeay, iKON akan kembali dengan mini album ke 3 iaitu ‘i DECIDE’. Apa yang istimewanya, hasil sentuhan hebat bekas ketua kumpulan B.I, akan dimuatkan dalam album itu. Pasti, secara tidak langsung membuatkan iKONIC merindui hasil sentuhan B.I yang sememangnya ada keistimewaannya tersendiri dan pasti juga mereka merindukan kemunculan B.I bersama iKON.

Ramai yang mengetahui YG telah memadam semua hasil sentuhan B.I daripada profile nya , termasuk penghasilan lagu untuk iKON. Oleh yang demikian, YG telah mengeluarkan satu kenyataan berhubung perkara tersebut. Antara yang dinyatakan oleh YG adalah seperti berikut:

Hello. Ini YG Entertainment. Kami berharap dapat memberikan penjelasan mengenai album mini 2020 baru IKON ‘I Decide’.

Mini album terbaru iKON yang mengandungi 5 buah lagu, akan diriliskan pada 6 Februari ini. Sesi rakaman lagu telah selesai pada awal 2019, dan mengikut perancangan ia akan diriliskan pada pertengahan 2019 yang lalu.

Bagaimanapun, pada pertengahan tahun lepas, ketua kumpulan dan penerbit keseluruhan album, B.I telah mengambil keputusan mengejut untuk meninggalkan kumpulan, secara tidak langsung melambatkan kemunculan semula iKON seperti yang dirancang. Disebabkan itu, pihak syarikat telah berbincang secara kritis berkenaan bagaimana untuk menggunakan produk (album) yang telah siap sepenuhnya pada awal tahun 2019.

Apapun, terdapat dua isu besar.

Yang pertama ialah pilihan untuk tidak memasukkan semua lagu yang yang dihasilkan  B.I (menulis lirik dan mencipta lagu) dan bermula semula dari awal. Walau bagaimanapun, adalah mustahil untuk memulakan semuanya dari awal kerana ia akan melewatkan lagi kemunculan semula iKON dan membuat mereka dalam mode hiatus lebih lama.

Keduanya adalah pilihan untuk mengecualikan semua bahagian rap yang dinyanyikan B.I dan membuat melodi baru di mana keenam-enam ahli iKON perlu merekodkan semula dan pastinya bahagian masing-masing akan berubah. Ini akan merumitkan lagi keadaan serta perlu menambah masa untuk melakukannya. 

Selepas perbincangan yang panjang, ahli-ahli iKON dan pihak syarikat telah memutuskan untuk menggunakan kedua-dua kaedah yang disebutkan di atas.

Memandangkan trek sedia ada tidak ditulis secara solo oleh B.I dan turut disumbangkan oleh produser dalaman YG, maka ia dikategori hasil bersama. Tambahan juga, album ini dipenuhi dengan hasil kerja keras dan kasih sayang ahli-ahli iKON sepanjang tempoh penyediaannya, kami memutuskan kesemua lagu-lagu ini akan disesuaikan semula dan digunakan untuk album baru ‘i DECIDE’. Selain dari itu, ia juga menggalakkan ahli-ahli lain untuk mengambil bahagian dalam penulisan lagu, jadi kami telah menambah sebuah lagu baru dari ahli iKON yang lain dan ini merupakan kali pertama bergelar komposer menerusi album ‘i DECIDE’. 

Tiada kata yang boleh digambarkan apabila iKON kehilangan ketua mereka, B.I yang sangat berdedikasi dan dikasihi. Hanya keenam-enam mereka yang mengerti perasaan kehilangan dan kekosongan itu. 

Kami memohon maaf kepada peminat semua kerana gagal menguruskan kumpulan ini dengan baik. Namun begitu kami tidak akan berhenti untuk memberikan yang terbaik dan melindungi enam ahli iKON yang lain. 

Kami akan berusaha keras untuk membayar semula sokongan serta kasih sayang iKONIC terhadap iKON tanpa pernah jemu.

Teruskan menyokong iKON perjalan baru iKON dengan enam orang ahli (Bobby, Junhoe, Jinhwan, Chanwoo, Yunhyeong dan Donghyuk). Terima kasih 

Terbaru, berdasarkan title track poster, iKON akan kembali dengan “Dive” – susunan lagu oleh B.I, Diggy, dan Kang Uk Jin, manakala liriknya ditulis oleh B.I dan Seung. Lagu ini menampilkan genre hip/hop, diserikan dengan bunyi folk-sound guitar. Latar belakang poster ini memperlihatkan 6 ahli iKON berlari menyeberangi jambatan tinggi dilangit, menandakan mereka sedia beraksi ditahun 2020.

Buat IKONIC, jangan lepaskan peluang yang telah lama korang nantikan. Stay tuned pada 6 Februari ni ya!

Sumber : YG 

loading...