Kenyataan rasmi polis berhubung kematian penyanyi Goo Hara, temui nota dan tiada unsur jenayah

Pada 25 November, pihak polis telah membuat kenyataan rasmi pada satu sidang media berhubung siasatan mereka terhadap kematian penyanyi Goo Hara.

Pesuruhjaya meneruskan, “Semalam (24 November), sekitar pukul 6 petang, pengemas rumah Goo Hara menemuinya. Berdasarkan pemeriksaan ditempat kejadian dan Kenyataan dari ahli keluarganya, tiada unsur-unsur jenayah yang disyaki . “

Pesuruhjaya Polis Bandaraya Seoul, Lee Yong Pyo memberitahu media, “Kami menjumpai satu nota tulisan tangan Goo Hara di atas meja diruang tamunya” . “Bagaimanapun, tiada apa yang boleh kami dedahkan mengenai nota tersebut,” tambah satu sumber dari polis.

Berhubung kemungkinan bedah siasat dijalankan, dia menyatakan, “Kami akan buat keputusan setelah berunding dengan pihak pendakwa serta mempertimbangkan pendapat keluarganya dan hasil pemeriksaan dilokasi kejadian. Tiada apa pun yang telah diputuskan sehingga kini. “

Pesuruhjaya polis juga berkata, “Hasil daripada analisis rakaman CCTV,  kami dapat mengesahkan bahasa Goo Hara pulang ke rumahnya pada 24 November lebih kurang jam 12.35 pagi, jadi dijangkakan mangsa mati selepas waktu itu.” Kami juga telah mengesahkan tiada sesiapapun datang mengunjungi Goo Hara selepas waktu berkenaan dan sebelum pengemas rumah menemuinya pada pukul 6 petang.

Pesuruhjaya Polis Lee Yong Pyo menambah, “Pengemas rumah dan Goo Hara punya hubungan yang baik sejak sekian lama. Dia ke rumah Goo Hara setelah gagal menghubunginya beberapa kali dan tiada sebarang respon.”

Takziah buat keluarga dan rakan taulan Goo Hara.

Pesanan : Jika anda memerlukan seseorang yang ingin berbual, jangan malu dan segan untuk memulakan tindakan serta mendapatkan bantuan. Semak SINI untuk mengetahui Hotlines yang boleh anda capai dan sekiranya perkhidmatan tersebut tidak terdapat di negara anda, sila hubungi talian kecemasan.

Sumber : Naver

loading...