Baru pertama kali jejak kaki ke sini, Dreamnote sudah curi perhatian gerombolan peminat di Kuala Lumpur

Gegadis yang baru debut pada Nov 2018 di bawah naungan iMe Korea ini terdiri daripada Youi selaku ketua, Miso, Lara, Boni, Eunjo dan Sumin. Jangan tak tahu Sumin dan Eunjo pernah menyertai MixNine dan Sumin mendapat tempat ketiga dalam pertandingan ini. Berbakat sungguh gadis-gadis comel ini.

https://www.instagram.com/p/B3gPuQtg868/

Ini merupakan pertama kali Dreamnote datang ke Malaysia, sudah pasti mereka sudah pun mencuba makanan tempatan kita iaitu nasi lemak dan roti bakar kaya. Dreamnote juga memberitahu bahawa nama fandom mereka, PAGE dipilih kerana beberapa keping nota yang dicantumkan akan menjadi satu muka surat dan Dreamnote mahu mereka bersama-sama peminat mereka menulis dan mencapai impian masing-masing.

Walaupun baru berjinak-jinak dalam industri hiburan kpop, namun Dreamnote berjaya mencuri hati PAGE untuk turun padang beramai-ramai bagi menghadiri fan meeting mereka di Atria Shopping Gallery. Dreamnote yang sudah mengeluarkan dua album sejak debut pada November 2018 lalu, mendendangkan lagu Hakuna Matata, Kkum-kkum (Dream) dan Dreamnote di hadapan kerumunan peminat mereka. Walaupun dengan hanya tiga lagu saja dipersembahkan, ia sudah cukup menghiburkan peminat yang turut cuba menari mengikut rentak persembahan mereka.

Dreamnote juga sudi meluangkan masa bagi menandatangani poster dan berjanji akan datang lagi ke Malaysia pada masa akan datang.

https://www.instagram.com/p/B3hAVwYghT_/

Sidang Media bersama DreamNote

Terdahulu, pada sebelah siangnya telah berlangsung sidang akbar media bersama DreamNote bertempat di Hotel The Ritz Carlton, KL. Sungguh, mereka nampak comel depan-depan. Masa memperkenalkan diri pun penulis rasa mereka ini comel semuanya.

https://www.instagram.com/p/B3gPG4sg9Gr/

Jom tonton video mengenai sesi soal jawab bersama DreamNote

Dan ketika MC meminta DreamNote berbahasa Melayu, Miso terus mengungkapkan “Aku Cinta Padamu”

https://www.instagram.com/p/B3gQmf6gzbF/

DreamNote bergambar bersama para sponsor Goxuan, My FM, 8TV, YG, dan EPOP

Semoga Dreamnote terus maju jaya untuk album yang baru dan juga karier mereka. Sampai kita berjumpa lagi, Dreamnote!

Foto dikreditkan pada IME Malaysia.

loading...